Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis tahan 3 individu berkait kegiatan tailong

Jul 08, 2023 | 03:45 PM



Polis telah menahan seorang wanita dan dua lelaki, berumur antara 30 dan 38 tahun, kerana disyaki terlibat dalam kes gangguan pemiutang haram atau ‘tailong’.

Pada 6 Julai 2023, polis telah dimaklumkan tentang kes gangguan tailong itu di sepanjang Tampines Street 83 di mana dua unit kediaman disimbah cat merah dan dikunci dengan mangga basikal.

Satu nota penghutang turut ditampal di dinding lobi lif. Melalui siasatan dan bantuan imej dari kamera polis, pegawai dari Divisyen Polis Bedok mengenal pasti identiti ketiga–tiga pesalah dan menahan mereka pada Jumaat.

Dua telefon bimbit telah dirampas sebagai bukti.

Siasatan awal mendedahkan bahawa ketiga–tiga inidividu tersebut didakwa terlibat dalam kes gangguan lain yang serupa dengan kegiatan tailong.

Seorang wanita berusia 30 tahun dan seorang lelaki berusia 38 tahun didakwa di mahkamah pada Sabtu.

Siasatan polis terhadap seorang lelaki berusia 32 tahun sedang dijalankan.

Di bawah Akta Pemiutang Wang (MLA) 2008, pesalah kali pertama didapati bersalah atas gangguan tailong akan dihukum penjara sehingga lima tahun, didenda antara $5,000 dan $50,000, dan dirotan sehingga enam sebatan.

Masyarakat umum dinasihatkan untuk menjauhi tailong dan tidak bekerjasama atau membantu mereka.

Mereka yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kegiatan pemiutang wang haram atau tahu sesiapa yang terlibat dalam kegiatan tersebut boleh menghubungi polis menerusi talian 999 atau talian cegah pemiutang haram X-Ah Long: 1800-924-5664.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >