Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pondok Gelam kenang jasa Richard Hu

Sep 10, 2023 | 08:00 PM



Kelab Pondok Peranakan Gelam (Pondok Gelam) melahirkan rasa sedih di atas pemergian mantan Menteri Kewangan, Dr Richard Hu.

Mantan menteri yang berkecimpung dalam politik itu telah meninggal dunia pada usia 96 tahun pada Jumaat lalu.

Beliau sering dikaitkan dengan beberapa dasar utama seperti memantau pembaharuan semula sektor kewangan dan perbankan Singapura.

“Ia bukan sahaja satu kehilangan bagi negara. Pemergiannya turut dirasakan oleh bekas penghuni dan ahli Pondok Gelam di 64 Club Street. Kami ada banyak kenangan manis dengannya.

Jasa baik mendiang amat kami hargai terutama keprihatinan beliau menempatkan kegiatan dan pejabat Pondok Gelam di Kelab Masyarakat Hong Lim Park dan beliau yang sendiri merasmikannya pada 1996,” kata Setiausaha Agung Kelab Pondok Peranakan Gelam, Encik Borhan Sani.

Mantan Menteri Kewangan itu sering hadiri kegiatan seni dan sukan sepak takraw anjuran bersama Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) dan Kelab Sukan Kreta Ayer serta Pondok Gelam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >