Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kepimpinan bijak, mantap Richard Hu dikenang

Menteri kewangan paling lama di S’pura jaya urus kewangan negara dan kemudi ekonomi harungi Krisis Kewangan Asia 1997
Sep 10, 2023 | 12:00 AM



Sebagai menteri kewangan yang paling lama berkhidmat, Dr Richard Hu telah mengurus kewangan Singapura dengan baik dan menyediakan kepimpinan yang mantap untuk mengemudi ekonomi negara mengharungi Krisis Kewangan Asia 1997.

Mendiang juga seorang yang memastikan setiap dasar dapat membawa peningkatan ketara pada kehidupan warga Singapura, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong dalam penghormatannya kepada Dr Hu yang meninggal dunia pada Jumaat.

Dr Hu berusia 96 tahun ketika menghembuskan nafas terakhirnya.

Pemergiannya telah didedahkan oleh Encik Wong dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.

Dr Hu ialah menteri kewangan paling lama berkhidmat. Mendiang memegang jawatan itu dari 1985 hingga 2001.

“Beliau telah menguruskan kewangan kita dengan baik, dan menyediakan kepimpinan yang mantap untuk mengemudi ekonomi kita melalui Krisis Kewangan Asia 1997,” kata Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan.

Encik Wong menyatakan Dr Hu berkhidmat sebagai pengarah lembaga Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan GIC ketika mereka ditubuhkan, dan memberikan perkhidmatan yang luar biasa kepada kededua organisasi.

Encik Wong juga menceritakan bahawa beliau menyertai Kementerian Kewangan (MOF) pada 1999 dan pernah bekerja dengan Dr Hu, yang ketika itu menteri kewangan, dalam Belanjawan.

Encik Wong menulis: “Beliau meminta kami mendapatkan maklumat mengenai harga beberapa barangan keperluan utama di pasar basah supaya dapat merasakan tekanan kos sara hidup yang dialami orang ramai ketika itu dengan lebih baik.”

Beliau menambah: “Itulah yang saya ingat tentang Dr Hu – bukan hanya memikirkan dasar secara abstrak, tetapi memastikan bahawa dasar membawa kepada penambahbaikan yang ketara dalam kehidupan orang ramai.

“Dengan caranya yang tenang dan merendah diri, beliau telah berkhidmat kepada rakyat Singapura dengan cemerlang, dan menjadikan Singapura tempat yang lebih baik untuk kita semua!”

Pada Jumaat malam, MAS juga memberi penghormatannya kepada mantan pengerusi mereka. 

Dr Hu ialah pengerusi ketiga dan paling lama berkhidmat di MAS.

Mendiang berkhidmat sebagai anggota Lembaga Pengarah MAS selama 26 tahun, sejak penubuhannya dari 1971 hingga 1997.

Mendiang berkhidmat sebentar sebagai pengarah urusan MAS pada Julai 1983 hingga Disember 1984, sebelum memegang jawatan pengerusi MAS pada awal 1985, selama 13 tahun, sehingga akhir 1997.

“Beliau mengekalkan komitmen yang kukuh terhadap dasar kewangan yang munasabah dan pengurusan mata wang yang bijak. Keyakinan ini menyokong kestabilan harga dan keyakinan pada dolar Singapura semasa kebanyakan tahun 1980-an dan 1990-an,” kata MAS dalam kenyataannya.

Dr Hu juga menyelia baik pulih rangka kerja pengawalseliaan sekuriti yang memudahkan pelaksanaan berikutnya pembangunan pasaran modal Singapura, katanya lagi.

MAS menambah: “Ramai kakitangan yang lebih tua di MAS sangat mengingati Dr Hu kerana kepimpinannya yang bijak dan mantap.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >