Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden baru Pergas ingin pertingkat kebajikan, kewibawaan asatizah

Aug 17, 2023 | 06:56 PM



Kebajikan para asatizah adalah antara agenda utama yang ingin ditangani oleh Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid selaku Presiden baru Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas).

Sebagai persatuan tempatan yang menyokong asatizah di sini, Ustaz Tarmizi menekankan bahawa Pergas memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan dan menawarkan sokongan khusus kepada asatizah.

Ini bagi memastikan Pergas dapat memupuk asatizah yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat Islam di sini, kata beliau.

“Pergas adalah sebuah badan yang ada pengkhususan tersendiri untuk melihat keadaan asatizah kita – mereka yang sedang bertugas, yang bakal bertugas dan yang sudah lama berkhidmat kepada masyarakat. Mereka mempunyai keperluan yang berbeza.

“Antara agenda utama ialah melihat kemaslahatan mereka, merangkumi perkara seperti pembangunan, gaji dan sebagainya,” kata beliau dalam satu wawancara bersama Berita Harian.


Ustaz Tarmizi dipilih sebagai presiden baru Pergas semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-64 persatuan itu pada Jun tahun ini.

Beliau mengambil alih jawatan presiden daripada Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, yang telah menyandang jawatan itu sejak 2002.

Beliau, dikenali juga sebagai Ustaz Mizi Wahid, aktif dalam Pergas termasuk sebagai anggota Majlis Tertinggi Pergas sejak 2017, juga merupakan Naib Kadi dan anggota lembaga pengarah AMP.

Beliau juga merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Safinah Holdings Pte Ltd, sebuah pertubuhan Islam yang menganjurkan pelbagai acara mengenai isu-isu kontemporari yang dihadapi masyarakat hari ini.

Ia banyak menjalankan program untuk karyawan muda, pasangan muda dan ibu bapa baru.

Ustaz Tarmizi juga pernah berkhidmat di Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) antara 2006 hingga 2009 di Pejabat Mufti.

Sebahagian daripada pengalaman semasa di Muis termasuk membentangkan kertas penyelidikan di mesyuarat-mesyuarat peringkat tinggi dalam Asean.

Sebagai Presiden Pergas, Ustaz Tarmizi berharap dapat melakarkan beberapa inisiatif baru untuk mempertingkatkan lagi kewibawaan asatizah di sini, dan terus melahirkan generasi asatizah yang dapat membimbing masyarakat Islam dengan lebih meluas.

Pada masa yang sama, beliau berharap Pergas bersama para asatizah dapat menangani pelbagai isu kontemporari yang semakin mencabar dalam masyarakat.

“Saya harap dapat sokongan dan dorongan daripada semua pihak, sama ada warga kerja Pergas sendiri, ahli-ahli Pergas serta semua dari kalangan masyarakat kita,” kata beliau, melampirkan harapan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >