Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Program nasional, sokongan masyarakat untuk belia harus saling lengkapi

May 31, 2023 | 07:16 PM



PROGRAM di peringkat nasional dan sokongan daripada peringkat masyarakat mesti melengkapi satu sama lain untuk menyokong keperluan pembangunan belia Singapura yang berisiko, kata Presiden Halimah Yacob.

Beliau berkata demikian selepas lawatannya ke pusat Care Corner Youth Services yang terletak di Blok 943 Tampines Avenue 5 pada 31 Mei.

Semasa berinteraksi bersama belia di pusat itu, Puan Halimah membincangkan topik seperti tekanan dan keluarga, serta diberi taklimat dari kakitangan Care Corner Youth Services bagaimana organisasi itu telah menyokong belia.

Ditubuhkan pada tahun 2008, Care Corner Youth Services ialah sebuah organisasi bukan untung yang bertujuan untuk menyediakan penjagaan sosial kepada belia, serta membantu mereka mencapai pembangunan positif melalui program-programnya.

Salah satu program tersebut ialah YouthGO! program yang menyokong keperluan pembangunan belia dan bertujuan untuk membolehkan mereka membangunkan sifat berdikari dan kestabilan.


Menurut Penolong Pengarah Care Corner Youth Services, Encik Lok Liang Xun, belia yang mendapat manfaat daripada program ini kebanyakannya berumur antara 12 dan 21 tahun dan mengalami masalah kesihatan mental seperti tekanan.

Beliau menambah terdapat peningkatan dalam bilangan belia yang menggunakan dadah, serta terlibat dalam penipuan kewangan melalui Carousell dan Telegram.

Encik Lee berkata: “Belia mahukan autonomi, mereka mahukan kebebasan untuk menentukan pilihan mereka sendiri.

“Jadi kami tidak menyuruh mereka berhenti melakukan kegiatan yang tidak baik, sebaliknya kami bertanya mengapa mereka melakukannya.

“Dengan bertanya mereka soalan itu, lama kelamaan mereka akan membuka diri mereka kepada kami dan dari situ kami boleh menyelami lebih mendalam isu yang mereka hadapi di rumah atau dalam kehidupan mereka.”

Salah seorang daripada belia yang mendapat manfaat daripada program YouthGO! adalah Firhandyanshyah Hamzah, 18 tahun.


Firhandyanshyah, seorang pelajar bidang kejuruteraan automotif di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) College West, berkata YouthGO! telah membantunya menangani kemurungan.


“Pekerja belia YouthGO! memberi saya sokongan emosional dan pelbagai nasihat. Saya bersyukur atas segala yang mereka lakukan untuk membantu saya.


“Kalau ada peluang pada masa depan, saya ingin menolong belia yang berisiko lain di luar sana. Saya ingin menolong mereka bagaimana YouthGO! telah menolong saya,” ujar Firhandyanshyah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >