Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah terima penghargaan bagi sumbangan galak kesihatan mental

Silver Ribbon iktiraf peranan Puan Halimah dalam pamer ‘kepimpinan sebenar’ bagi pupuk masyarakat penyayang, inklusif
Aug 26, 2023 | 06:26 PM



Usaha yang dijalankan Presiden Halimah Yacob memperjuang dan menggalak kesihatan mental selama ini diiktiraf Silver Ribbon (Singapura) pada Sabtu.

Badan amal kesihatan mental itu telah menganjurkan satu acara penghargaan buat Puan Halimah di Akademi Kemampanan Singapura, yang turut dihadiri wakil daripada 21 agensi kesihatan mental dan 13 penyokong kesihatan mental.

Dalam ucapannya semasa acara tersebut, Presiden Silver Ribbon (Singapura), Cik Ellen Lee, berkata Puan Halimah “menunjukkan kepimpinan sebenar dengan membuat serupa apa yang dikatakannya”.

“Adalah sangat menggalakkan bahawa dalam ucapannya di kebanyakan acara kesihatan mental, beliau (Puan Halimah) mengakui tahap stigma kesihatan mental dan menekankan pentingnya untuk menghapuskannya dan membina masyarakat penyayang dan inklusif,” kata Cik Lee.

Menurut Cik Lee, Silver Ribbon (Singapura) kali pertama bertemu Puan Halimah pada 8 Oktober 2006 apabila beliau menyertai salah satu acara yang diadakan sebagai Anggota Parlimen GRC Jurong ketika itu.

Silver Ribbon (Singapura) dilancarkan oleh mendiang Presiden S R Nathan pada 4 Februari 2006.

“Kami perhatikan bahawa beliau (Puan Halimah) terus menyokong inisiatif kesihatan mental dan bercakap mengenai kesihatan mental semasa menyandang jawatan berbeza sebagai Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Speaker Parlimen dan Presiden Singapura,” katanya.

Tambahnya, semasa menyerikan Sidang Kemuncak Global pertama bagi Penyokong Kesihatan Mental pada 4 Oktober 2018, Puan Halimah telah mengumumkan bahawa Cabaran Presiden akan memberi tumpuan pada usaha membantu mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental.

Malah semasa pandemik Covid-19, Cik Lee berkata Puan Halimah juga telah melancarkan Persidangan dan Mesyuarat Asia Pasifik ketiga mengenai Kesihatan Mental pada 7 Oktober 2021 dan sempat meluangkan masa bagi Silver Ribbon (Singapura) untuk membuat rakaman ucapannya di Istana.

Semasa acara penghargaan itu, Puan Halimah turut menerima token penghargaan yang disampaikan oleh penyokong kesihatan mental berusia tujuh tahun, Fathwa Al-Hadi.

Menulis di Facebook setelah acara tersebut, Puan Halimah berkata:

“Advokasi kesihatan mental mempunyai tempat yang istimewa di hati saya.

“Saya gembira dapat bekerjasama dengan banyak pertubuhan dan individu yang bersemangat selama ini, dan amat menggembirakan apabila melihat ruang kesihatan mental telah berkembang di Singapura.

“Mari kita terus meningkatkan kesedaran dan menghapuskan stigma terhadap keadaan kesihatan mental.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >