Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek rintis Cabaran Presiden-IMH bagi pesakit mental belia diperluas

Jul 31, 2023 | 07:13 PM



Khidmat sokongan bagi kesihatan mental yang ditawarkan dalam masyarakat adalah penting kerana ia membuka jalan bagi golongan muda mendapat bantuan tanpa risau tentang stigma yang sering dikaitkan dengan mendapatkan bantuan di hospital, menurut Presiden Halimah Yacob.

Justeru, beliau berbesar hati apabila kurikulum latihan bagi program berasaskan masyarakat SYiNC (Menyokong Belia dalam Masyarakat) – usaha Cabaran Presiden dan Institut Kesihatan Mental (IMH) – akan digunakan sebagai rujukan untuk membangunkan kurikulum latihan nasional standard bagi penyedia khidmat kesihatan mental masyarakat untuk belia di Singapura.

Puan Halimah berkata demikian sebagai memberi perkembangan tentang program berasaskan masyarakat itu, yang bertujuan membawa khidmat kesihatan mental lebih dekat kepada rumah golongan belia.

Ia bermula sebagai projek perintis pada 2022 bersama empat agensi perkhidmatan sosial yang dilatih IMH untuk menyediakan intervensi dan sokongan psiko-sosial kepada belia berusia antara 13 dengan 19 tahun yang menghadapi isu kesihatan mental.

Ketika ditemui di salah satu rakan agensi, Khidmat Masyarakat TOUCH di 3615 Jalan Bukit Merah, Puan Halimah berkata:

“Apabila anda mempunyai latihan kurikulum nasional yang standard bagi semua agensi perkhidmatan sosial, dua perkara boleh berlaku. Satu adalah mutu penyampaian khidmat diperbaiki. Yang satu lagi adalah sifat konsisten. Jadi ke mana sahaja anak muda itu pergi di mana-mana bahagian Singapura, penyampaian sokongan kesihatan mental yang diberikan adalah konsisten.”

Sejauh ini, terdapat 87 rujukan daripada IMH ke empat agensi perkhidmatan sosial – Club HEAL, Persatuan Kesihatan Mental Singapura (SAMH), Persatuan Kanak-Kanak Singapura, dan Khidmat Masyarakat TOUCH – yang menawarkan program SYiNC.

Menurut TOUCH, mereka mendapati hampir 60 peratus klien mereka yang telah menjalani program itu kurang daripada tiga bulan, menunjukkan tahap fungsi keseluruhan yang dipertingkat. Terdapat juga kemerosotan dalam gejala dan keadaan penyakit lebih teruk bagi 43 peratus daripada klien mereka.

Kebanyakan klien, kata TOUCH, memerlukan sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan untuk melihat hasil.

Belia akan menjalani sesi kaunseling individu secara tetap bagi membantu mereka mengawal emosi dan menangani keadaan mental mereka. Dalam pada itu, kaunselor juga bertemu ibu bapa atau penjaga secara tetap untuk menyokong mereka dalam menangani emosi belia.

Mendapat penglibatan ibu bapa, kata Puan Halimah, adalah “keindahan” buat program ini.

Beliau berkata pertubuhan masyarakat seperti TOUCH berfungsi sebagai perantaraan penting.

Ini kerana, setelah golongan muda ke IMH dan mendapat rawatan, mereka akan pulang dan kembali berdepan dengan perkara yang asalnya menyebabkan mereka rasa tertekan.

“Di antara itu, mereka perlu program sokongan masyarakat, kaunseling, terapi dan dalam sekitaran yang selamat. Dari sinilah pertubuhan berasaskan masyarakat menyediakannya dengan sokongan IMH...ibu bapa dan belia yang berdepan dengan isu kesihatan mental berasa lebih selesa untuk ke pertubuhan berasaskan masyarakat daripada hospital kerana stigmanya masih sangat besar,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >