Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah ucap selamat tinggal

Tekankan lagi pentingnya S’pura kekalkan keamanan, bina masa depan bersama dalam ucapan terakhir sebagai Ketua Negara
Sep 13, 2023 | 08:33 PM



Rabu, 13 September 2023 – hari cukup bersejarah menandakan tamatnya perjalanan enam tahun Presiden Halimah Yacob menyandang jawatan tertinggi negara.

Puan Halimah mengucapkan selamat tinggal kepada kakitangannya di Istana pada sebelah pagi dengan acara memuncak dengan majlis perpisahan yang dihadiri lebih 200 individu daripada pelbagai latar belakang pada sebelah petang.

Dalam ucapannya semasa majlis perpisahannya, Puan Halimah berkata dalam dunia yang semakin berbelah bagi, adalah penting bagi Singapura untuk kekal sebagai negara di mana orang daripada pelbagai latar belakang boleh hidup dalam keamanan dan membina masa depan bersama.

Singapura juga ada peranan untuk menggalak pemahaman sedemikian di peringkat antarabangsa.

“Dalam dunia yang semakin berpecah di mana bangsa dan agama telah menjadi kuasa pemisahan yang hebat, adalah penting bagi Singapura untuk kekal sebagai negara di mana orang daripada semua bangsa dan agama boleh hidup dalam keamanan, mempunyai akses sama kepada peluang dan membina masa depan bersama.

“Singapura mempunyai peranan untuk menggalak hal ini di peringkat global untuk menjadikan dunia tempat lebih baik buat semua, kerana dalam dunia yang semakin global dan digital, kesan xenophobia dan prasangka buruk tidak terhad kepada sempadan negara,” ujar Puan Halimah.

Beliau menambah bahawa Singapura sendiri dibangunkan atas tiang utama keharmonian kaum dan agama serta perpaduan sosial.


Dalam ucapannya, Puan Halimah turut menyentuh tentang kedudukannya yang unik sebagai Ketua Negara wanita pertama Singapura. Beliau berkata ini memberinya “peluang yang tersendiri untuk memberi inspirasi kepada wanita dan gadis lain”.

“Ramai yang telah berkongsi dengan saya tentang betapa gembiranya mereka dapat melihat seorang Ketua Negara wanita dan mesej yang kuat yang ia berikan tentang tempat wanita dalam masyarakat kita.

“Seandainya saya telah mampu memperkasa wanita di Singapura untuk mengatasi hambatan dan mencapai potensi penuh mereka, saya amat bersyukur atas peluang melakukan hal tersebut,” kata beliau.

Di luar negara juga, terdapat kelebihan sebagai Presiden wanita, kata Puan Halimah.

“Sebagai Ketua Negara wanita pertama dan daripada masyarakat minoriti, ada kelebihannya juga, kerana negara lain dapat melihat bahawa di Singapura, meritokrasi dan kepelbagaian adalah nyata dan bukan sekadar slogan semata,” ulasnya.

Mengenang kembali tanggungjawab yang perlu dipikulnya sejak beliau mengangkat sumpah pada 14 September 2017, Puan Halimah yakin beliau telah berkhidmat kepada Singapura dan warga Singapura dengan sebaik mungkin.


Menyentuh tempoh pandemik Covid-19 di mana peranannya sebagai penjaga kunci kedua rizab negara perlu dilaksana, beliau berkata ia merupakan “keputusan yang sangat sukar” dengan pelbagai perbincangan dan mesyuarat diadakan sebelum itu.


Beliau berkata hubungan pekerjaannya sebagai Presiden dengan pemerintah adalah baik dan berdasarkan “rasa saling hormat, keyakinan dan pemahaman jelas tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing”.


“Hubungan kami... penuh kesopanan dan dekorum. Pertanyaan dan permintaan saya untuk mendapatkan maklumat diambil serius dan saya sentiasa dapat menjalankan tugas dengan betul dan bebas,” kata beliau.


Puan Halimah turut mengambil kesempatan dalam ucapannya untuk melahirkan rasa terima kasihnya kepada Majlis Presiden, Majlis Penasihat Presiden, agensi khidmat sosial dan pertubuhan perniagaan yang telah bekerjasama dengannya sepanjang tempoh enam tahun lalu.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada keluarganya, terutama suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee.

“Kasih sayang, dorongan dan pengorbanan keluarga telah menjadi asas kekuatan saya. Kepada warga Singapura, saya berasa rendah hati dengan kepercayaan anda terhadap saya sebagai Presiden.

“Ia adalah satu keistimewaan untuk menjadi suara anda, untuk mendengar kebimbangan anda dan bekerja tanpa jemu bagi anda.

“Saya membawa aspirasi anda dalam hati saya, dan sokongan anda yang tidak berbelah bahagi yang telah menyemarakkan keazaman saya untuk berkhidmat, setiap hari dan setiap langkah dalam perjalanan ini,” tambah Puan Halimah, menutup ucapannya.


Sementara itu, menyampaikan penghargaannya kepada pemimpin wanita itu, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata Puan Halimah telah menjadi “lambang perpaduan yang kuat” bagi semua warga Singapura.

“Sepanjang tempoh perkhidmatan anda, anda telah melakar jalan dengan kepimpinan yang kukuh dan hati yang dekat dengan rakyat. Keupayaan anda untuk berempati dan memahami warga Singapura dari semua lapisan masyarakat telah membawa negara kita lebih rapat,” ujar Encik Lee.

Encik Lee menambah, Puan Halimah telah menepati janjinya untuk menjadi “Presiden buat semua orang”.

“Sedang tempoh perkhidmatan anda berakhir, anda boleh mengenang kembali kerjaya yang terbilang dan luar biasa anda dalam perkhidmatan awam, dan sebagai Presiden kita.


“Bagi pihak pemerintah dan warga Singapura, saya ucapkan terima kasih atas khidmat anda kepada negara kita. dan semoga berjaya dalam segala usaha masa depan anda,” kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >