Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Persatuan Undang-Undang S’pura, Adrian Tan, meninggal

Jul 08, 2023 | 08:24 PM



Presiden Persatuan Undang-undang Singapura, Encik Adrian Tan, meninggal dunia pada usia 57 tahun selepas melawan penyakit barah selama lebih setahun.

Persatuan Undang-undang Singapura mengesahkan pemergiannya dalam satu kenyataan pada petang Sabtu.

“Sepanjang pertempurannya dengan barah... Adrian menunjukkan keberanian yang luar biasa. Di sebalik cabaran besar yang dihadapinya, beliau terus menjalankan tugasnya dengan penuh keazaman dan keceriaan, dan tidak pernah gagal untuk menceriakan kami dengan sifat jenakanya.

“Hari ini, kita bukan sahaja meratapi kehilangan seorang pemimpin terbilang tetapi turut berduka atas ketiadaan rakan yang disayangi dan rakan seperjuangan yang dipercayai.

“Ketiadaan Adrian meninggalkan kekosongan yang tidak dapat digambarkan. Ingatan pada beliau akan sentiasa mengisi ruang istimewa di hati kami,” kata kenyataan itu lagi.

Encik Tan meninggal dunia pada 5.35 petang, sebagaimana yang dimaklumkan dalam satu pesanan WhatsApp yang dilihat akhbar The Straits Times.


Pada Mac 2022, beliau dikesan menghidap barah. Berita itu kemudian diumumkan dalam satu hantaran LinkedIn oleh firma guaman yang diusahakan bersama, TSMP Law Corporation, pada 28 Julai, tanpa mendedahkan jenis barah yang dihidapi.

Encik Tan memberi jaminan beliau akan melawan barah, melawan kes di mahkamah dan memperjuangkan peguam sebagai Presiden Persatuan Undang-Undang Singapura, jawatan yang disandang sejak Januari 2022.

Beliau merupakan penulis dua buku yang popular pada tahun 1980-an, The Teenage Textbook dan The Teenage Workbook. Buku pertamanya malahan diadaptasikan menjadi sebuah pementasan, filem dan siri televisyen.


Encik Tan yang tiada cahaya mata meninggalkan seorang isteri yang bertugas di Kementerian Pertahanan (Mindef).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >