Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Presiden Tharman jalani lawatan kerja ke AS

Nov 26, 2023 | 06:41 PM



Presiden Tharman Shanmugaratnam akan mengadakan lawatan kerja ke New York, Amerika Syarikat, dari 27 November hingga 4 Disember ini.

Satu kenyataan daripada Pejabat Presiden pada Ahad menjelaskan, lawatan Encik Tharman meliputi penyampaian ucapan utama dalam satu sesi ceramah terbilang dan program bicara dialog di Universiti Columbia sebagai sebahagian siri Forum Pemimpin Dunia.

Beliau juga akan bertemu Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres dan pemimpin sektor kewangan.

“Beliau juga akan bertemu sekumpulan warga Singapura yang berpangkalan di Amerika,” kata kenyataan itu lagi.

Encik Tharman akan mempengerusikan Lembaga Penasihat Laporan Pembangunan Manusia PBB dan Pleno Kumpulan 30 (G30) dengan Rizab Persekutuan Bank New York menjadi tuan rumah.

G30 adalah badan antarabangsa tidak mengaut untung yang terdiri daripada pakar ekonomi akademik, ketua syarikat serta wakil bank negara, serantau dan pusat.

Anggotanya bertemu dua kali setahun bagi membincangkan dan lebih memahami isu kewangan dan ekonomi dalam sektor swasta dan awam merata dunia.

Encik Tharman akan diiringi pegawai daripada Pejabat Presiden sewaktu lawatannya itu.

Pengerusi Majlis Penasihat Presiden, Encik Eddie Teo, akan menjalankan fungsi Pejabat Presiden sewaktu ketiadaan Encik Tharman, jelas kenyataan Pejabat Presiden lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >