Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen lulus pindaan bagi Presiden terima pelantikan antarabangsa

Nov 22, 2023 | 08:57 PM



Parlimen meluluskan pindaan ke atas Perlembagaan yang mewujudkan rangka kerja yang membolehkan Presiden Singapura menerima pelantikan dalam pertubuhan antarabangsa dalam kedudukan peribadinya.

Semasa undian dijalankan, 75 Anggota Parlimen (AP) menyokong sementara lapan menolak pindaan itu di sidang terakhir Parlimen bagi 2023 pada Rabu.

Pada bacaan kedua Rang Undang-Undang Perlembagaan Republik Singapura (Pindaan Nombor 3) itu, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata pindaan tersebut bertujuan memanfaatkan sepenuhnya kepakaran, pengalaman dan kedudukan peribadi individu yang dipilih ke pejabat demi memajukan kepentingan Singapura dan mengukuhkan nilai negara ini pada dunia.

Beliau memberi contoh jawatan yang dipegang Presiden Tharman Shanmugaratnam, seperti pengerusi lembaga pemegang amanah Kumpulan 30 (G30), sebuah majlis pemimpin ekonomi dan kewangan global bebas, dan pengerusi bersama Suruhanjaya Global mengenai Ekonomi Air – yang disandangnya sejak menjadi Menteri Kanan.

Daripada perspektif Singapura, ada nilai mempunyai Presiden dalam badan antarabangsa, kata Encik Wong. Ini membolehkan Singapura terlibat dalam perbincangan global dan memahami serta membantu membentuk pemikiran dalam badan antarabangsa penting dan berpengaruh.

Namun, sebelum pindaan itu diluluskan, Perlembagaan tidak memberi kuasa kepada Presiden untuk memegang pelantikan awam yang beliau bertindak dalam kapasiti peribadi.

“Kita disajikan dengan isu baru: Haruskah Presiden kini dibenarkan menyumbang secara bebas dalam kapasiti peribadinya apabila beliau memegang pelantikan antarabangsa ini?

“Kabinet mempertimbangkan perkara ini dengan teliti, dan kami membuat kesimpulan bahawa Presiden harus dibenarkan berbuat demikian untuk menyumbang dalam pelantikan antarabangsa ini dalam kapasiti bebas dan peribadinya, kerana ini bermanfaat untuk Singapura.

“Ini adalah badan-badan antarabangsa yang mempunyai reputasi dengan jangkauan global dan dengan orang terkemuka berkhidmat di lembaga masing-masing. Pelibatan berterusan Presiden dalam badan-badan ini adalah demi kepentingan Singapura,” kata beliau.

Namun, Encik Wong menjelaskan walaupun Presiden berkhidmat dalam kedudukan peribadi, ia tidak bermakna beliau berbuat demikian di luar tugas kerjanya.

“Pelantikan antarabangsa ini adalah teras kepada peranan diplomasi antarabangsa Presiden. Sebagai ketua negara, ia bahkan cara kami memaparkan pengaruh Singapura dan memperkukuh rangkaian kita di dunia.

“Tetapi, dengan membenarkan Presiden berkhidmat dalam kapasiti peribadinya, membolehkan beliau bertindak secara bebas dalam mencapai tujuan badan antarabangsa, tertakluk pada perlindungan yang diperlukan demi kepentingan negara kita,” kata beliau.

Encik Wong berkata Peguam Negara, bagaimanapun, memberi nasihat bahawa aturan sedemikian pada masa ini tidak diperuntukkan dengan jelas dalam Perlembagaan, justeru pindaan diperlukan untuk membolehkan Presiden menerima pelantikan di mana beliau bertindak secara bebas dalam kedudukan peribadinya.

Rangka kerja baru itu hanya dikenakan ke atas pelantikan dalam pertubuhan antarabangsa, dan sebarang pelantikan mesti memenuhi kepentingan negara dan disokong Kabinet. Presiden juga mesti mempunyai kuasa untuk menentukan apakah beliau mahu menerima pelantikan tersebut.

Di samping itu, Encik Wong berkata sebarang pelantikan mesti dirakam dalam rekod awam demi ketelusan dan kebertanggungjawapan.

Pindaan itu turut mewujudkan rangka kerja serupa bagi menteri, yang perlu mendapatkan kebenaran Perdana Menteri bagi pelantikan dan tertakluk pada arahannya.

Parlimen pada Rabu turut meluluskan Rang Undang-Undang Peminjam Wang (Pindaan) yang, antaranya, bertujuan mempertingkat dasar perkongsian dan penggunaan data, dan mempermudah usaha pendigitalan dalam industri peminjam wang berlesen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >