Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Profesor undang-undang kanan NUS meninggal dalam kemalangan

Jul 09, 2023 | 01:08 AM



Profesor Emeritus Tan Yock Lin, seorang profesor kanan undang-undang di Universiti Nasional Singapura (NUS), meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada pagi Jumaat. Beliau berusia 70 tahun.

Pemergiannya disahkan dalam e-mel yang dihantar oleh Dekan Fakulti Undang-undang NUS, Profesor Andrew Simester, kepada kakitangannya pada Sabtu, yang dilihat oleh akhbar The Straits Times.

“Yock Lin adalah, dan kekal sebagai bahagian penting dalam sejarah kita,” kata Profesor Simester.


“Beliau mengajar hampir semua perkara.... kesediaannya untuk berkhidmat mencerminkan keluasan minat inteleknya. Tiada sesiapa yang saya kenali mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam seperti Yock Lin dalam undang-undang Singapura.

“Beliau adalah penasihat dan mentor kepada sebilangan besar daripada kami, terutamanya mereka yang baru memulakan kerjaya mereka ketika itu. Khidmat beliau sentiasa diberikan dengan penuh ceria dan tanpa sebarang keraguan, dan saya tahu beliau telah menjadi suri teladan kepada ramai daripada kami di NUS,” tambah Profesor Simester.

Profesor Tan pernah berkhidmat dalam Jawatankuasa Pembaharuan Undang-undang Akademi Singapura dan merupakan ahlinya yang paling lama berkhidmat bahkan telah menjadi sebahagian daripadanya sejak penubuhannya pada 1989.

Beliau menyumbangkan jumlah terbesar kertas akademik mengenai pembaharuan undang-undang, sama ada secara bersendirian atau bersama rakan lain, dan berpengaruh dalam pelbagai bidang pembaharuan undang-undang.

Naib provost atau naib ketua pentadbir (inovasi pendidikan), Profesor Simon Chesterman, yang merupakan Dekan Fakulti Undang-undang dari 2012 hingga 2022, terkejut dan sedih mendengar pemergian Profesor Tan.

Beliau menyifatkan Profesor Tan sebagai seorang pendidik yang bersemangat dan penyelidik yang teliti dan sentiasa berinovasi dan mencuba perkara baru sepanjang kerjayanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >