Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program persiap pelajar 'Normal' belajar di poly kian popular

Dec 30, 2019 | 05:30 AM



SATU program persiapan untuk membantu pelajar dari aliran Normal melayakkan diri ke kursus diploma, tanpa memiliki kelulusan GCE peringkat 'O', kian diterima sebagai laluan alternatif bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke politeknik.



Sekitar tujuh tahun selepas Program Asas Politeknik (PFP) itu dimulakan, pihak berkepentingan yang dihubungi Berita Harian berkata program setahun itu berkesan dalam membantu pelajar menyesuaikan diri dengan pembelajaran di politeknik.



Encik Melvin Lim, Ketua PFP di Politeknik Singapura (SP), berkata:



"Pelajar PFP diberi peluang untuk menumpukan kemahiran peribadi dan kemahiran hidup seperti perhubungan, bekerjasama, menyelesaikan masalah, berfikir secara kritikal dan keupayaan menilai data dan maklumat secara bertanggungjawab."



Kata Encik Lim, SP mempunyai Rangkaian Tutor Peribadi (PTN) di mana mereka akan memberi sokongan dan persekitaran yang selesa bagi pelajar mengulang kaji pelajaran dan dan juga berinteraksi bersama rakan mereka.



Antara pelajar yang mengambil laluan PFP ialah Encik Umar Rosli.



Setelah menerima keputusan GCE 'N', anak muda yang berusia 20 tahun ini berjaya mendapat tempat dalam kursus Elektronik Aeroangkasa di SP.



Melangkah daripada aliran Normal ke politeknik menakutkan, kata Encik Umar, tetapi beliau berjaya menyesuaikan diri dengan bimbingan guru di SP.



"Dorongan yang diberikan guru menambah keyakinan diri saya dan juga membantu saya dalam tugasan seperti membuat penyampaian dalam kelas," kata Encik Umar yang kini berada di tahun ketiga dan sedang menjalani program kenal suai pekerjaan di Aerolion Technologies, syarikat yang antara lain menyediakan khidmat pemeriksaan menggunakan dron.



"Kursus saya telah memberi saya pendedahan yang lengkap daripada permulaan kerana saya dapat melaksanakan teori dan idea yang saya telah pelajari dalam kelas untuk membuat pelbagai papan litar semasa latihan amali saya," ujar beliau.



Apabila menamatkan pelajarannya di SP, Encik Umar merancang melanjutkan pelajarannya ke Universiti Teknologi Nanyang (NTU), di mana beliau ingin menceburi bidang Kejuruteraan Elektrikal.



Dalam laporan media awal tahun ini, PFP, yang ditawarkan oleh kesemua lima politeknik awam di sini, dijangka mengambil lebih ramai pelajar tahun ini daripada kumpulan 15 peratus terbaik kohort pelajar yang mengambil peperiksaan peringkat 'N' berbanding dengan 10 peratus sebelumnya.



Sekitar 1,600 pelajar memohon menyertai PFP tahun ini, sekitar 30 peratus lebih tinggi berbanding 1,250 yang memohon tahun lalu.



Dalam ucapannya di majlis penyampaian diploma di Politeknik Temasek Mei lalu, Menteri Pendidikan Encik Ong Ye Kung berkata kelakonan pelajar PFP adalah menggalakkan, dengan lebih 35 peratus kohort pertama pada 2017 mendapat GPA 3.5 dan ke atas.



Secara perbandingan, hanya 25 peratus daripada semua pelajar politeknik dalam kohort yang sama mendapat GPA sedemikian.



Laporan lain: Senang lalui perjalanan panjang kejar cita-cita jadi jurutera




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >