Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Proses kastam lebih pantas bagi syarikat S’pura, Britain import barang

Di bawah Aturan Pengiktirafan Bersama (MRA) Bagi Pengendali Ekonomi Bertauliah yang dimeterai
Jun 27, 2023 | 06:10 PM



Syarikat di Singapura dan Britain kini boleh mengimport barangan daripada satu sama lain dengan kurang dokumentasi dan pemeriksaan kargo.

Ini setelah dua negara ini menandatangani program Aturan Pengiktirafan Bersama (MRA) Bagi Pengendali Ekonomi Bertauliah (AEO) pada 23 Jun 2023.


Acara penandatanganan program itu, yang melibatkan Kastam Singapura dengan Hasil dan Kastam Diraja Britain, berlangsung di samping Sesi Majlis Pertubuhan Kastam Dunia (WCO) ke-141/142 di Brussels, Belgium.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, Kastam Singapura berkata MRA AEO Britain-Singapura mengiktiraf keserasian langkah keselamatan rantaian bekalan yang dilaksana syarikat yang diperakui di bawah program Kerjasama Dagangan Selamat-Plus (STP-Plus) Kastam Singapura, serta syarikat yang diiktiraf di bawah program AEO Britain.

Dalam mengeksport barangan mereka ke Britain, syarikat yang diperakui STP-Plus di Singapura kini diiktiraf mempunyai risiko lebih rendah dan akan mendapat manfaat daripada pelepasan lebih pantas bagi barangan mereka di Britain.

Syarikat yang diperakui oleh Britain juga akan menerima tahap kemudahan sama bagi barangan mereka yang dieksport ke Singapura, menurut kenyataan itu.

“Britain dan Singapura mempunyai hubungan perdagangan dan ekonomi yang berkekalan dan kolaboratif.

“MRA AEO Britain-Singapura baru ini membawa kerjasama antara dua pentadbiran kastam ini yang sudah lama wujud ke peringkat seterusnya di mana kami memperdalam komitmen kami yang tidak berbelah bahagi ke arah memudahkan perdagangan oleh AEO,” kata Timbalan Ketua Pengarah Kastam Singapura, Encik Lim Teck Leong.

“Kami menggalak lebih banyak syarikat menyertai program STP-Plus dan menggunakan sepenuhnya faedah yang ditawarkan melalui rangkaian rakan kongsi MRA kami yang telah ditubuhkan oleh Kastam Singapura selama ini,” tambah beliau.

Syarikat di Singapura yang mempunyai perdagangan penting dengan Britain mengalu-alukan pemeteraian MRA itu.

Naib Presiden Rangkaian Bekalan Korporat Infineon Technologies Asia Pacific Pte Ltd, Encik Wong Pau Chiang, berkata:

“Sebagai syarikat yang diperakui STP-Plus, Infineon yakin MRA ini akan memberi manfaat kepada kami dan rakan perniagaan kami di Britain – mengurangkan dokumen dan kargo pemeriksaan, menghasilkan keberkesanan lebih tinggi bagi rantaian bekalan kami.

“Kerjasama ini akan mengukuhkan lagi perdagangan selamat bagi syarikat seperti Infineon dan mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai hab perdagangan global.”

Jumlah perdagangan Singapura dengan Britain ialah purata $15.4 bilion setahun sepanjang tiga tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >