Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua pembekal tenaga meterai MOU teroka import, pembekalan hidrogen

Jun 06, 2023 | 05:26 PM



PENGELUAR dan peruncit gas berpaip, City Energy, dan pembekal elektrik, Senoko Energy, telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) untuk mengkaji kemungkinan teknikal dan komersial import dan pembekalan hidrogen antara kededua kemudahan syarikat itu di bahagian utara Singapura.

Kededua syarikat tersebut berkata mereka juga akan meneroka peluang berkaitan hidrogen, termasuk hidrogen hijau, untuk memenuhi permintaan masa depan bagi kuasa hidrogen di Singapura, dalam satu pengumuman bersama pada Selasa.

Presiden dan ketua eksekutif Senoko Energy, Encik Eric Maka, berkata penggunaan teknologi berkaitan hidrogen akan menjadi “sangat penting bagi Singapura”, memandangkan bekalan tenaga bersih tempatan yang terhad.

“Melalui usaha kolektif kami, serta kekuatan dan kepakaran kededua syarikat, kami berharap dapat mempercepatkan penggunaan kuasa hidrogen dan membantu mencipta masa depan yang lebih mampan untuk semua,” kata Encik Maka.

Timbalan ketua eksekutif (perancangan dan pembangunan tenaga), Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), Encik Ralph Foong, berkata beliau berbesar hati dengan kerjasama antara City Energy dan Senoko Energy kerana usaha sedemikian adalah penting bagi Singapura mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

City Energy juga sedang meneroka peluang tenaga hidrogen dengan Gentari – cabang tenaga boleh diperbaharui dari Petronas. Kededua syarikat telah menandatangani MOU mengenai kajian kemungkinan hidrogen pada April 2023.

City Energy berkata ia juga bekerjasama dengan institut pengajian tinggi untuk meneroka sumber hidrogen alternatif bagi menyokong Singapura mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

Tambahan, City Energy turut menyertai beberapa rakan kongsi industri pada 2022 untuk menyokong usaha Universiti Teknologi Nanyang (NTU) bagi membangunkan teknologi untuk pengekstrakan hidrogen daripada pembawa hidrogen organik cair.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >