Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PSP mohon maaf, turunkan kiriman Facebook mengenai isu Ridout Road

Jul 07, 2023 | 02:43 PM



Satu kiriman yang mengandungi video di laman Facebook Parti Kemajuan Singapura (PSP) telah diturunkan, dan permohonan maaf dikeluarkan oleh parti itu pada malam Khamis, dua jam selepas Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah, berkata mereka melanggar peraturan Parlimen.

Setiausaha Agung PSP, Encik Leong Mun Wai, diberi hingga 10 malam Khamis untuk menurunkan kiriman dan video itu, yang telah disunting selepas Cik Indranee pertama kali menyebut tentangnya pada Rabu.

Sehari kemudian, Cik Indranee berkata kiriman itu masih tidak memuaskan.

Beliau berkata jika Encik Leong tidak mematuhinya, perkara itu perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen, yang meneliti sebarang aduan yang mendakwa pelanggaran hak istimewa Parlimen.

Pada Rabu, Cik Indranee berkata video itu memberi gambaran bahawa Encik Leong tidak dibenar mengemukakan soalan, selepas Dewan mendengar kenyataan menteri pada Isnin mengenai penyewaan dua banglo hitam-putih negara di 26 dan 31 Ridout Road oleh Menteri Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Beliau menyebut tentang beberapa suntingan yang dilakukan kepada kiriman dan video itu pada Khamis.

Ini termasuk teks yang diletakkan pada video itu yang mengatakan bahawa Timbalan Speaker mengingatkan Encik Leong bahawa beliau tidak sepatutnya memulakan perbahasan semasa kenyataan menteri, selepas Encik Leong menggesa Timbalan Speaker agar tidak menamatkan perbahasan awal kerana ia adalah topik penting.

Cik Indranee berkata sedang kebanyakan Anggota Parlimen tahu bahawa terdapat perbahasan untuk usul yang dibentangkan di Parlimen, dan penjelasan untuk kenyataan menteri, orang ramai mungkin tidak memahami perbezaan itu.

Beliau berkata: “Oleh itu, untuk mencadangkan bahawa perbahasan tidak dibenarkan, tanpa menerangkan konteksnya, tanpa menjelaskan bahawa sebenarnya tidak tepat untuk mengadakan perbahasan... mewujudkan tanggapan yang mengelirukan atau palsu bahawa isu-isu tidak boleh dibincangkan dan (Timbalan Speaker) sebenarnya menghentikan soalan oleh Encik Leong dan anggota lain mengenai topik yang agak penting.”

Dalam catatan di laman Facebook PSP tiga minit sebelum tarikh akhir pada Khamis, Encik Leong dan parti itu memohon maaf di atas video dan kiriman tersebut, dengan mengatakan ia menimbulkan tanggapan mengelirukan tentang prosiding di Parlimen pada Isnin.

Ia berkata: “Kami menerima bahawa melalui dua video kami, kami telah memberikan gambaran bahawa tiada perbahasan dibenarkan (walaupun kami yang tidak memfailkan Usul untuk perbahasan). Kami juga menerima bahawa ini adalah mengelirukan.

“Dua video kami juga mengelirukan kerana ia memberi gambaran bahawa Encik Leong tidak diberi masa untuk bertanya soalan yang beliau mahu, sedangkan beliau sebenarnya diberi masa untuk bertanya semua soalannya, dan beliau telah menanyakan semua soalannya.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >