Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Puan Halimah, antara enam warga S’pura dalam senarai 500 Muslim Paling Berpengaruh

Oct 13, 2023 | 09:06 PM



Mantan Presiden Puan Halimah Yacob kekal menjadi satu-satunya Muslimah dari Singapura yang diiktiraf sebagai antara 500 Muslim paling berpengaruh di dunia.

Beliau serta lima warga Singapura lain telah tersenarai dalam Senarai 500 Muslim Paling Berpengaruh Dunia 2024, yang diterbitkan oleh Pusat Pengajian Strategik Islam Diraja di Jordan.

Tahun lalu, Puan Halimah menduduki tangga ke-33.

Dua nama baru yang diiktiraf dari Singapura, ialah Profesor Khairudin Aljunied, di bawah senarai cendekiawan dan Dr Mustafa Izzuddin, di bawah senarai kategori isu sosial.

Tiga lagi yang tersenarai ialah mantan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar) yang kini Duta Singapura ke Kuwait, Encik Zainul Abidin Rasheed; Imam Masjid Ba’alwie, Syed Hassan Alattas, serta Timbalan Ketua Pendakwa dan Penasihat Undang-Undang Negara Kanan di Pejabat Peguam Negara (AGC), Encik Mohamed Faizal Mohamed Abdul Kadir.

Menjelaskan tentang sumbangan Dr Mustafa, laporan itu berkata:

“Kepimpinan secara sukarela Dr Mustafa selama berdekad-dekad telah menghasilkan pelbagai program sosiobudaya yang mampan serta menjadi peneraju dalam pembinaan jambatan antara agama.”

Menukil sumbangan Dr Khairudin pula, laporan itu berkata beliau merupakan “pakar yang diiktiraf di peringkat global dalam bidang sejarah intelek dan telah memegang jawatan profesor dan jawatan pengerusi di Universiti George Town, Universiti Columbia, Universiti Malaya, Universiti Brunei Darussalam, dan Universiti Nasional Singapura”.

Menurut penerbitan itu, pemilihan kedudukan dilakukan berdasarkan pelbagai faktor, termasuk budaya, pemikiran, kewangan, dan politik.

Aspek lain yang dipertimbangkan juga termasuk kebolehan pemimpin untuk membuat perubahan yang berkesan kepada dunia Islam dan pengikutnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >