Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PUB akan diterajui ketua eksekutif baru pada 1 Nov

Sep 19, 2023 | 07:23 PM



Agensi air negara, PUB, telah melantik Encik Ong Tze-Ch’in sebagai ketua eksekutif baru berkuat kuasa 1 November ini.

Encik Ong mengambil alih jawatan Encik Goh Si Hou yang akan berpindah ke satu lagi peranan kepimpinan kanan dalam perkhidmatan awam, kata Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) pada 19 September.

Encik Ong, 48 tahun, kini berkhidmat sebagai timbalan setiausaha untuk daya tahan di MSE dan memantau dasar air dan makanan, hubungan antarabangsa, komunikasi dan penglibatan serta perancangan kecemasan.

Beliau akan kekal memegang jawatan ini serentak dengan peranannya sebagai ketua eksekutif PUB, menurut laporan The Straits Times.


Encik Ong telah memegang peranan kepimpinan utama dalam pelbagai institusi, termasuk sebagai ketua eksekutif SkillsFuture Singapura dan timbalan setiausaha SkillsFuture di Kementerian Pendidikan.

Encik Goh, 45 tahun, merupakan ketua eksekutif PUB sejak Julai 2022.

Sepanjang tempoh jawatan itu, beliau mengetuai pembangunan pelan induk air yang menggariskan strategi jangka panjang untuk keselamatan air Singapura.

Ini termasuk pengembangan penambakan air serta kapasiti NeWater, dan penyiapan projek infrastruktur utama seperti Sistem Pembetungan Terowong Dalam dan pembangunan semula Loji Penambakan Air Kranji.

Di bawah kepimpinannya, PUB bekerjasama dengan masyarakat dan industri untuk mengukuhkan usaha pemuliharaan air.

Beliau juga menerajui usaha kemampanan PUB untuk mengurangkan penggunaan tenaga, sisa yang dirawat dan pelepasan karbon dalam jangka panjang.

Selain itu, Encik Goh mengetuai agensi itu dalam peranan barunya sebagai agensi perlindungan pantai negara dalam membangunkan dasar dan perancangan untuk kerja perlindungan pantai jangka panjang, melancarkan perundingan awam dan mewujudkan program penyelidikan baru dalam perlindungan pantai dan pengurusan banjir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >