Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perkauman wujud di S’pura, pastikan ia tidak jadi satu budaya: Shanmugam

Jun 12, 2023 | 08:17 PM



Dalam menangani isu berkaitan kaum, Singapura pertama harus menerima hakikat bahawa perkauman wujud di sini, seperti dalam mana-mana masyarakat, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.

Beliau menambah bahawa Singapura perlu juga berusaha gigih untuk memastikan isu perkauman tidak berinstitusi.

Encik Shanmugam berkata demikian dalam ucapannya ketika meninjau semula pluralisme dan isu perkauman di Singapura dalam Persidangan Ulang Tahun ke-35 Institut Pengajian Dasar (IPS) pada Isnin.

Beliau berkata: “Dan kita tidak boleh menafikan bahawa terdapat perkauman santai atau ‘casual racism’, beberapa prasangka di Singapura – seperti dalam mana-mana masyarakat.

“Tetapi kuncinya adalah kita, saya fikir, menanganinya dengan lebih baik daripada kebanyakan tempat. Dan seperti saya kata, kita telah cuba memastikan ia bukan sebahagian daripada institusi, ia tidak diinstitusikan.”

Justeru, Encik Shanmugam berkata pemerintah memilih untuk mengambil pendekatan sensitif kaum dalam menangani isu perkauman.

Satu contoh yang dibangkitkan Encik Shanmugam adalah Dasar Integrasi Etnik (EIP).

Beliau berkongsi bahawa kira-kira satu dalam tiga rayuan berkaitan EIP tahun lalu berjaya – naik daripada 21 peratus pada 2020.

Rayuan ini membentuk “sebilangan kecil” – 1.5 peratus – daripada semua permohonan jualan semula flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), katanya.

Pada 2022, HDB menerima 411 rayuan berkaitan EIP daripada pemilik flat. Sehingga 21 Mac, HDB menerima 128 rayuan – 92 daripada pemilik flat kaum India/lain-lain, 29 daripada pemilik flat Melayu dan tujuh daripada pemilik flat Cina.

Di bawah EIP, yang diperkenalkan pada 1989, kuota ditetapkan untuk bilangan flat yang dimiliki oleh setiap kumpulan kaum dalam blok HDB atau kawasan kejiranan untuk mengelakkan kepadatan mana-mana kumpulan etnik.

Encik Shanmugam menambah: “Jika anda melihat cabaran semasa, kami masih dalam proses untuk berkembang maju. Tiada masyarakat boleh mendakwa bahawa ia bebas daripada perkauman, dan saya fikir jika anda mendakwa itu, anda tidak akan bercakap benar.

“Tetapi realitinya adalah kami tidak menumpukan tentang perbezaan kami. Kami tidak mengamalkan apa yang sesetengah tempat panggil pendekatan buta kaum. Kami tidak fikir kami harus mengabaikan kaum – itu tidak akan menyelesaikan masalah kami. Jadi kami mengambil pendekatan sensitif kaum.

“Pemerintah menguruskan isu berkaitan kaum, untuk memastikan kaum minoriti tidak mengalami kekurangan.”

Encik Shanmugam juga berkata bahawa Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) akan memperkenalkan Akta Mengekalkan Keharmonian Kaum, untuk melindungi keharmonian kaum dengan lebih baik, dan menandakan kepentingan keharmonian kaum di Singapura.

Akta itu diumumkan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam ucapannya di Rapat Hari Kebangsaan pada 2021.

Pengumuman itu dibuat selepas beberapa kejadian perkauman pada 2021, serta perbincangan orang ramai mengenai hubungan kaum di Singapura.

Encik Shanmugam turut menyertai satu perbincangan panel bersama editor pengurusan eksekutif South China Morning Post, Cik Zuraidah Ibrahim, dan pengarah eksekutif Persatuan Wanita bagi Tindakan dan Kajian (Aware), Cik Corinna Lim, dalam persidangan itu, yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Expo Sands.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >