Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RAGBI

Ragbi tujuh sepasukan bertaraf dunia bakal beraksi di S’pura

Jul 19, 2023 | 02:37 PM



Aksi ragbi tujuh sepasukan bertaraf dunia akan kembali ke Republik ini pada 2024, bersama-sama dengan kejohanan penting wanita.

Ini, selepas Ragbi Dunia mengumumkan pada Selasa, pelancaran HSBC SVNS, acara global yang diubah suai dan dijenamakan semula untuk menggantikan Siri Ragbi Dunia Tujuh Sepasukan.

Bermula di Dubai pada 2-3 Disember, ia akan menampilkan 12 pasukan lelaki dan wanita di lapan bandar sebagai “pesta sukan, hiburan dan budaya yang unik dengan latar belakang yang menakjubkan”, lapor The Straits Times.

Pertandingan di Singapura diadakan di Stadium Nasional pada 3-5 Mei, selepas itu lapan pasukan teratas, berdasarkan mata siri terkumpul, akan memastikan peluang mereka untuk bersaing dalam Grand Final dari 31 Mei-2 Jun di Madrid, di mana juara SVNS akan dinobatkan.

Madrid juga akan menjadi tuan rumah pusingan ‘play-off’ penyingkiran, di mana pasukan yang menduduki tempat kesembilan hingga ke-12 akan disertai oleh pasukan di empat kedudukan teratas dari Siri Pencabar Ragbi Dunia Tujuh Sepasukan.

Empat pasukan yang berada di kedudukan teratas dari play-off akan memastikan tempat mereka dalam SVNS tahun berikutnya.

Di bawah model baharu, SVNS memberikan pariti jantina, dengan pertandingan lelaki dan wanita serta yuran penyertaan yang sama. Terdapat peningkatan sebanyak 70 peratus dalam pelaburan Ragbi Dunia dalam yuran penyertaan sebagai komitmen terhadap pertumbuhan yang mampan.

Ketua Eksekutif Ragbi Dunia Alan Gilpin berkata: “Kami teruja untuk melancarkan HSBC SVNS, identiti baru yang hebat untuk format Olimpik kami, dengan destinasi ikonik dan konsep baharu di dalam dan di luar padang, meluaskan jangkauan dan daya tarikan sukan itu kepada para penggemar yang baru.

“Dalam lapan destinasi ikonik yang dipertandingkan selama tujuh bulan, kami akan menghimpunkan festival ragbi, muzik, makanan dan pengalaman yang benar-benar mengasyikkan untuk mewujudkan suasana pertemuan hujung minggu di kalangan golongan muda, dan membuka era baharu untuk sukan itu. .

“Buat pertama kali dalam sejarah ragbi tujuh sepasukan, semua lokasi akan disatukan di bawah pendekatan yang sama... bermakna pengalaman keseluruhan adalah sama dan kami boleh mengoptimumkan hasil komersial untuk pelaburan semula, termasuk... memastikan tujuh sepasukan adalah kerjaya yang berdaya maju sebagai laluan untuk pemain berbakat dan Olympian.”

Terdapat keraguan tentang HSBC Singapore Ragby Sevens kerana perjanjian sebelumnya untuk menjadi tuan rumah satu daripada 10 pusingan siri itu berakhir dengan acara itu pada April.

Singapura pertama kali menjadi tuan rumah pusingan Siri Ragbi Tujuh Sedunia pada 2002. Ia dibatalkan pada 2003 kerana wabak Sars, tetapi Republik itu menyambung semula sebagai tuan rumah dari 2004 hingga 2006.

Selepas berehat selama sembilan tahun, ia kembali dengan perjanjian empat tahun dengan Ragbi Dunia pada 2016 untuk mengadakan satu siri. Sambungan empat tahun kemudiannya ditandatangani pada 2019.

Presiden Kesatuan Ragbi Singapura (SRU) Sunny Seah berkata: “SRU berbesar hati... untuk membawa acara ini kembali dengan cara yang berbeza dan untuk terus mengembangkan permainan melalui pembangunan acara sampingan berasaskan komuniti di sekitar HSBC SVNS baharu.”

Edisi 2016 hingga 2018 Singapore Sevens menarik 140,000 peminat kesemuanya, dengan acara 2019 menarik 57,000 ke Stadium Nasional selama dua hari.

Pada 2022, jumlah itu menurun kepada 22,000 selama dua hari kerana kehadiran harian dihadkan kepada 12,000 sebagai sebahagian daripada peraturan Covid-19. Angka itu melantun semula kepada hampir 40,000 pada 2023.

Ketua pegawai eksekutif Sport Singapore Alan Goh berkata: “Kami berharap dapat menggabungkan elemen berbeza dari pengalaman ragbi tujuh sepasukan yang terkenal untuk menggalakkan lebih banyak minat dalam sukan ini dan memberi inspirasi kepada generasi atlet remaja kami yang akan datang.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >