Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rahayu: Jururawat perlu jaga kesejahteraan mental sendiri

Jul 27, 2023 | 05:40 PM



Sedang Singapura terus mengubah sistem penjagaan kesihatannya, jururawat akan terus memainkan peranan penting dalam menerajui penjagaan dan memupuk masyarakat yang saling bekerjasama untuk meningkatkan penyampaian penjagaan kesihatan.

Namun semasa menjaga orang lain, adalah penting bagi jururawat sendiri menjaga kesejahteraan mental mereka, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam.

Beliau berkata demikian di acara Hari Jururawat Institut Kesihatan Mental (IMH) pada Khamis yang diadakan di institut itu.

Cik Rahayu berkata inisiatif oleh Majlis Kebajikan Kejururawatan IMH menyediakan saluran bagi jururawat mencapai matlamat itu.

“Saya mendengar terdapat platform perkongsian hobi serta kumpulan minat yang sama dalam sukan dan membuat kek yang telah dibentuk oleh jururawat buat jururawat.

“Aktiviti sedemikian menggalak kesihatan fizikal dan mental jururawat dan membantu mereka mencapai keharmonian kerja-kehidupan yang baik juga,” ujarnya.

Cik Rahayu juga mengucapkan tahniah kepada semua jururawat yang menerima Anugerah Hari Jururawat IMH pada Khamis, serta empat jururawat yang baru-baru ini menerima Anugerah Merit Jururawat Kementerian Kesihatan.

Tahun ini menandakan peristiwa penting bagi IMH dengan institusi itu meraikan 95 tahun dalam menyediakan penjagaan psikiatri dan menyokong keperluan kesihatan mental Singapura.

Dalam ucapannya, Cik Rahayu berkata amalan kejururawatan di IMH telah berkembang pesat sepanjang sembilan dekad lalu.

Pada masa lalu, jururawat khususnya memastikan pesakit mempunyai akses kepada keperluan asas seperti ubat-ubatan, makanan, dan persekitaran yang bersih.

“Hari ini, jururawat juga memainkan peranan penting dalam membantu merangka pelan rawatan dan pemulihan bagi pesakit.

“Psikopendidikan adalah penting untuk pemulihan kesihatan mental. Jururawat kita memperjuangkan peranan ini untuk membantu pesakit dan penjaga mereka agar lebih memahami dan mengurus keadaan mereka dan bersedia untuk kehidupan yang lebih bermatlamat selepas mereka keluar (dari IMH),” kata Cik Rahayu.

Melepasi wad dan dalam masyarakat, jururawat IMH juga terus memeriksa pesakit yang baru keluar itu melalui lawatan ke rumah dan memberikan sokongan pemulihan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >