Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cabaran getir pesakit mental

Jul 07, 2023 | 12:25 PM



Kesihatan mental beliau meorosot setelah mendapat tahu suaminya sedang menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita lain.

Terjejas secara emosi, Cik Hana (bukan nama sebenar), 49 tahun, didiagnos kecelaruan episod kemurungan utama atau ‘major depressive disorder’ (MDD) pada 2012.

“Apabila saya mendapat tahu tentang hubungan sulit itu, saya tidak boleh tidur lena, tidak makan betul, dan sering terfikir untuk membunuh diri,” cerita Cik Hana kepada Berita Harian.


“Saya akhirnya mendapatkan rawatan di Institut Kesihatan Mental (IMH) dan diberi antidepresan. Saya dibenarkan keluar dari IMH selepas sebulan setengah, tetapi saya dimasukkan balik kerana tidak mampu berdepan dengan kehidupan saya.”

Cik Hana terpaksa mengambil cuti khas ketika menerima rawatan di IMH. Tetapi beliau berdepan satu lagi cabaran getir apabila kembali ke tempat kerja selepas dua bulan setengah.

Akibat mengambil antidepresan, beliau tidak boleh fokus di tempat kerjanya dan sering ditegur dan dimarah bosnya kerana melalukakan kesalahan.

“Antidepresan melembapkan pemikiran saya dan saya tidak boleh berfikir dengan betul. Saya tidak fokus, saya tidak cekap…

“Bos saya tahu tentang keadaan saya kerana beliau yang meluluskan cuti khas saya, tetapi beliau tidak menyokong saya. Saya rasa jika saya mempunyai seseorang bos yang lebih menyokong, itu akan sangat membantu saya,” jelasnya.

Malah, Cik Hana, yang bertugas sebagai pengurus kanan ketika itu, disuruh bosnya untuk berundur sebagai ketua pasukan kerana tidak menunjukkan prestasi baik.

Beliau akhirnya memutuskan untuk berhenti kerja pada 2017 dan bekerja bebas sebagai seorang tutor, sambil menumpukan perhatian kepada anak perempuannya, kini 20 tahun.

Lama–kelamaan, Cik Hana berjaya mengatasi MDD dan mulai pulih secara ketara. Beliau kini bekerja di sebuah syarikat teknologi berbilang negara sebagai seorang penganalisis dan sedang perlahan–lahan berusaha untuk membina semula kehidupannya.

“Alhamdulillah dengan kuasa Allah, keadaan saya lebih baik sekarang. Tetapi kemarahan dan trauma masih ada dalam diri saya kerana ia tidak akan hilang sepenuhnya.

“Demi anak perempuan dan keluarga, saya harus meneruskan kehidupan saya. Mereka yang banyak menolong saya ketika saya mengalami kemurungan,” ujarnya dengan nada yang sebak.

“Saya juga bersyukur majikan baru saya menyokong dan meletakkan kepercayaan mereka kepada saya.

“Penyakit mental bukan sesuatu yang fizikal, yang kita boleh lihat jadi saya harap lebih banyak tempat kerja membantu dan menyokong pekerja mereka yang mempunyai kemurungan atau gangguan.

“Pada sesiapa yang mempunyai penyakit mental, janganlah segan atau takut untuk menerima rawatan daripada pakar. Ia adalah sangat penting,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >