Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ratu memanah, Syahidah, banggakan Singapura sekali lagi

Jul 21, 2023 | 08:51 PM



Atlet memanah para, Nur Syahidah Alim, telah memperoleh tempat pertama bagi Singapura ke Sukan Paralimpik 2024.

Beliau mendapat kedudukan keenam secara keseluruhan daripada 46 pesaing dalam Kategori Terbuka Compound Wanita di Kejohanan Memanah Para Sedunia Pilsen 2023, yang diadakan di Pilsen, Republik Czech, dari 17 hingga 23 Julai.

Syahidah mara ke pusingan 16 dan bersaing bersama Montiel Liliana dari Mexico, selepas mendapat skor 685 dalam pusingan kelayakan.

Beliau berjaya ke pusingan 8 selepas memenangi pusingan lawan dengan Liliana, memperolehi skor 136 berbanding Liliana, 114.

Ketegangan saingan semakin dirasakan antara Syahidah dan Jessica Stretton dari Britain pada pusingan 8 apabila mereka berdua mempunyai skor 134. Akhirnya Syahidah berjaya memanah terus ke pusingan suku akhir.

Syahidah disingkir oleh Jane Karla Gogel dari Brazil, di kedudukan tempat kedua sedunia, yang telah mengatasinya dengan perbezaan skor yang nyaris lima mata.

Bagaimanapun, kedudukan Syahidah yang membanggakan di kejohanan dunia itu telah menempa tempat bagi Singapura dalam Sukan Paralimpik yang bakal berlangsung pada 2024.

“Saya berasa bangga dan berbesar hati kerana dapat melayakkan Singapura ke Sukan Paralimpik 2024. Ia satu pertandingan yang mencabar bagi saya, tetapi saya gembira kerana saya dapat mencapai kedudukan lapan teratas dengan sokongan jurulatih saya, Qing Liang, dan pasukan Institut Sains Sukan (SSI),” kata Syahidah.

“Saya akan melakukan yang terbaik dan bekerja lebih keras lagi untuk permainan lain yang akan datang,” tambah Syahidah.

Kejohanan Dunia 2023 menandakan acara kelayakan pertama dan paling ketara bagi atlet memanah para menjelang Sukan Paralimpik, dengan 78 tempat daripada 140 jumlah sukan ditawarkan kepada pemanah yang menduduki tangga teratas di kejohanan tersebut.

Lebih 200 pemanah para dari 30 negara bersaing untuk merebut tempat yang menjadi rebutan di kejohanan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >