Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RLAF kutip lebih $4.6j bagi mangsa konflik di Gaza

Nov 03, 2023 | 04:03 PM



Lebih $4.6 juta telah dikumpul oleh Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) bagi membantu masyarakat terjejas oleh konflik Israel-Palestin di Gaza.

Kutipan dana dikumpul dalam tempoh dua minggu sejak yayasan itu memulakan kempen bantuannya pada 19 Oktober.

Dalam satu kenyataan media pada Jumaat, RLAF berkata kempen itu akan dilanjutkan selama dua minggu lagi sehingga 17 November selepas ia mendapat permit pelanjutan daripada Pesuruhjaya Badan Amal bagi mengumpul dana.

Kempen RLAF itu dijalankan dengan kerjasama Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat, dan bertujuan menyediakan pertolongan dari segi kesihatan, bantuan dan tempat tinggal untuk masyarakat terjejas oleh konflik di Gaza baru-baru ini. 

Sehingga Rabu, sejumlah $4,614,283 telah berjaya dikumpul.

“Semua kutipan akan disalurkan melalui UNRWA, yang beroperasi secara aktif di tempat kejadian untuk menyediakan bantuan kemanusiaan kepada mangsa dan keluarga,” tambah RLAF.

Mereka yang ingin menderma boleh melakukan demikian melalui:

– PayNow ke RLAF menerusi nombor UEN 200910530ZRLA dan nyatakan ‘GAZA2023’ di bawah kenyataan

– Pemindahan bank ke akaun OCBC Current: 601313315001

– Hantar cek kepada RLAF dengan menulis nama penderma, nombor kontak serta “GAZA2023” ke alamat RLAF, Masjid Yusof Ishak, No 10, Woodlands Drive 17, Singapore 737740 atau Muis, 273 Braddell Road, Singapore 579702.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >