Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sumbangan tabung Gaza RLAF cecah lebih $3.2j; warga, badan berbilang agama tampil derma

Oct 27, 2023 | 08:08 PM



Setakat 12 tengah hari Jumaat, Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) telah mengumpulkan $3,277,511 sejak hari pertama pengumpulan derma untuk bantuan kemanusiaan bagi mangsa perang di Jaluran Gaza bermula pada 18 Oktober lalu.

Pelbagai pertubuhan setempat – termasuk badan agama lain – menyumbang lebih $126,000 bagi menyokong Acara Sokongan Organisasi bagi Kempen Bantuan Kemanusiaan untuk Gaza RLAF yang berlangsung di Masjid Yusof Ishak pada Jumaat.

“Ia adalah ajaran kita, untuk membantu mereka yang memerlukan dan dalam kesusahan. Kita lihat ada keperluan untuk penduduk Gaza sekarang kerana mereka perlukan air dan keperluan lain untuk hidup mereka. Inilah belas kasihan kita tanpa mengira bangsa dan agama,” kongsi Presiden Persekutuan Buddhist Singapura (SBF), Venerable Seck Kwang Phing, apabila ditemui Berita Harian.


Selain SBF, turut tampil menyalurkan derma adalah Liga Muslim Kadayanallur Singapura (SKML), Darul Arqam Singapura (MCAS) dan Kelab Muslim Myanmar Singapura. Pertubuhan lain seperti Persatuan Bangladesh Singapura, Persatuan Muslim Jaafari Singapura (JMAS), Amanath Multi-Purpose Co-Operative Limited, Warees Investment dan Persatuan Alumni Kolej Baru Singapura juga hadir dan menderma.

Sumbangan mereka diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RLAF, Encik Faizal Othman, yang melahirkan rasa amat terharu dengan sikap dermawan masyarakat Singapura, menyifatkannya sebagai “sangat luar biasa”.

Beliau turut berkongsi bahawa penderma datang dari latar belakang berbeza dan menderma dengan begitu ikhlas

“Orang ramai dari semua lapisan masyarakat bermurah hati menderma untuk tujuan ini. Semalam, seorang wanita tua mengumpul wang daripada ahli keluarganya, menaiki teksi dan datang ke pejabat kami untuk menderma $650. Seorang lagi wanita lanjut usia datang ke pejabat kami dan menyerahkan $68, kesemuanya syiling,” beliau kongsi.

Tambahnya, terdapat keperluan mendesak untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada masyarakat terjejas di Jaluran Gaza di Palestin kerana bekalan bahan api yang ada sangat terbatas – hanya cukup untuk menjalankan operasi sehari-dua sahaja.

Rakan kongsi RLAF, Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA), juga akan memberikan berita terkini tentang keadaan di Gaza melalui panggilan Zoom, menyifat keadaan di sana sangat teruk.

“Sekurang-kurangnya 50 daripada kakitangan kami juga telah terkorban dalam usaha penolongan kami,” kongsi Pengarah Perkongsian UNRWA, Karim Amer, sambil memuji sifat kepahlawanan kakitangan mereka.

Pengumpulan dana itu masih berlangsung hingga 31 Oktober ini. Mereka yang ingin menderma boleh melakukan demikian melalui:

– PayNow ke RLAF menerusi nombor UEN 200910530ZRLA dan nyatakan ‘GAZA2023’ di bawah kenyataan

– Laman giving.sg/rlafoundationsg/Gaza2023

– Pemindahan bank ke akaun OCBC Current: 601313315001

– Hantar cek kepada RLAF dengan menulis nama penderma, nombor kontak serta “GAZA2023” ke alamat RLAF, Masjid Yusof Ishak, No 10, Woodlands Drive 17, Singapore 737740 atau Muis, 273 Braddell Road, Singapore 579702.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >