Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RRG mahu tingkat keupayaan tangani tahanan yang kian berubah

Jun 21, 2023 | 06:10 PM



Dengan profil tahanan berubah menjadi semakin muda, Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) sedang berusaha untuk meningkatkan keupayaan dan pengetahuan memberi kaunseling berkesan kepada belia.

Ini memerlukan kemahiran dan pemahaman psikologi anak muda, kata pengerusi bersama RRG, Ustaz Dr Mohamed Ali, apabila menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) di luar acara Rahat Tahunan RRG ke-18 di Shangri-La Rasa Sentosa pada Rabu.


“Sudah pasti profil tahanan sudah berubah hari ini. Maka disebabkan itu, kami memikirkan untuk meningkatkan keupayaan dan ilmu tentang bagaimana kami dapat memberikan kaunseling yang efektif kepada tahanan-tahanan yang lebih muda.

“Ini memerlukan kemahiran dan kefahaman tentang psikologi anak-anak muda dan bagaimana untuk kami memahami selera mereka serta melibatkan mereka dalam kerja-kerja kemasyarakatan,” kata Ustaz Dr Mohamed.

Beliau menambah bahawa RRG sedang memikirkan untuk mengadakan beberapa kursus bagi anggotanya agar mereka dapat memahami isu-isu baru seperti itu.

Isu radikalisasi belia adalah antara kerisauan utama yang diketengahkan semasa rahat itu. Ia juga disentuh oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dalam ucapannya sebagai tetamu terhormat di acara tersebut.

Mengulas tentang hal itu, Ustaz Dr Mohamed berkata sepanjang 20 tahun sejak penubuhan RRG, ancaman yang perlu ditangani telah melalui evolusi.

“Daripada tahanan JI (Jemaah Islamiyah) kepada cabaran radikalisasi diri dan hari ini, anak-anak muda menjadi radikal dengan mudah melalui dalam talian.

“Ancaman utama yang kami saksikan hari ini ialah radikalisasi diri, belia dan dalam talian, dan ini banyak berkaitan dengan percambahan ideologi radikal serta penggunaan Internet.

“Ini merupakan cabaran besar bagi RRG, malah negara dan dunia juga,” ujar beliau.

Menjelaskan, Ustaz Dr Mohamed berkata cabaran pertama ialah cara menangani ancaman baru, dan kedua, bagaimana memberi kaunseling yang berkesan kepada golongan tahanan yang berbeza, iaitu mereka daripada generasi muda.

Ancaman-ancaman baru yang timbul termasuk eksklusivisme, fanatik, sentimen antiagama, ideologi kebencian, perkauman, Islamofobia, xenofobia dan banyak lagi.

“Jika kita gagal menangani ancaman baru ini, kita akan terus menyaksikan keganasan dan perbuatan pelampau.

“Jadi fokus RRG hari ini ialah meningkatkan pemahaman dan kebolehan kami untuk menangani ancaman baru yang timbul,” ujar beliau.

Ustaz Dr Mohamed berkata rahat tahunan yang diadakan RRG merupakan peluang baik bagi anggotanya meningkatkan diri dengan pengetahuan dan ilmu dalam bidang kerja yang berkaitan dengan mereka, dengan adanya pakar yang dijemput untuk berkongsi pengetahuan.

Misalnya, beberapa seminar yang diadakan sepanjang rahat dari 19 hingga 21 Jun itu telah berkongsi, antara lain, cabaran dalam menangani radikalisasi, menyanggah ideologi dan cabaran kaunseling agama hari ini serta cara menentang kandungan keganasan pelampau dalam talian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >