Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RSAF sambut ulang tahun ke-30 jalani latihan di Australia

Oct 13, 2023 | 06:22 PM



Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) pada Jumaat meraikan ulang tahunnya yang ke-30 menjalankan latihan penerbangan di pangkalannya di Pearce, Australia.

Sambutan itu, yang diadakan di Pangkalan Pearce Angkatan Udara Diraja Australia (RAAF), telah dihadiri Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad dan Ketua Angkatan Udara Australia, Marshal Udara Robert Chipman.

Turut memeriahkan acara adalah anggota penting masyarakat di sana dan kakitangan RSAF serta RAAF.

Sebuah plak dan ‘tail flash’, atau tanda pada penstabil menegak pesawat untuk mengenal pasti unit atau tugasan pesawat, bagi mengingati ulang tahun ke-30 itu juga telah dilancarkan oleh ketua angkatan dari kededua negara.

Dalam ucapannya di majlis itu, Encik Zaqy berkata:

“Detik istimewa ulang tahun ke-30 ini adalah simbol kuat persahabatan yang mendalam dan lama antara Australia dengan Singapura, dan angkatan tentera kita. Latihan penerbangan yang kami jalankan di Australia adalah sangat penting kepada RSAF, kerana Singapura adalah sebuah negara kecil dengan ruang udara yang terhad.”

Skuadron 130 di Pangkalan Pearce menjalankan Kursus Sayap Asas atau ‘Basic Wings Course’ selama sembilan bulan untuk pelatih Juruterbang dan Pegawai Sistem Senjata (Pejuang) RSAF. 

Pelatih juga dapat berlatih menggunakan pesawat PC-21, iaitu pesawat latihan yang canggih, yang membolehkan mereka untuk membina asas yang kukuh dalam mengendalikan pesawat.

Skuadron Standard pangkalan itu turut menjalankan kursus untuk pengajar mengendalikan pesawat dari RSAF.

“Izinkan saya menyatakan penghargaan Singapura atas sokongan padu yang telah diterima RSAF daripada masyarakat tempatan di sini, dan sudah tentu, kerana mengalu-alukan kehadiran kami dan layanan mesra yang telah anda berikan kepada kakitangan kami – bukan sahaja buat masa ini, tetapi untuk 30 tahun yang lalu,” tambah Encik Zaqy. 

Lawatan Encik Zaqy ke Pangkalan Pearce pada Jumaat pagi itu dihoskan oleh Ketua Angkatan Udara, Mejar Jeneral Kelvin Khong dan Komander Perintah Latihan Angkatan Udara RSAF, Kolonel Liew Boon Ping.

Semasa lawatannya ke Pangkalan Pearce RAAF, Encik Zaqy mengunjungi kemudahan latihan di sana dan menyaksikan terbang lintas hormat yang menggabungkan pesawat pelatih PC-21 milik RSAF dan RAAF, dan pesawat pejuang utama RAAF, Hawk 127.

Beliau juga berinteraksi dengan kakitangan RSAF yang berpangkalan di Pearce dan mengucapkan terima kasih atas khidmat mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >