Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong lawat kem RSAF di Arizona, mahu hubungan S’pura-AS diperkukuh

Oct 07, 2023 | 07:27 PM



WASHINGTON: Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, mengalu-alukan usaha memperkukuh kerjasama antara Singapura dengan Amerika Syarikat.


Berucap kepada detasmen luar negara paling lama Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) di Amerika, iaitu Peace Carvin II, beliau berkata Singapura dan Amerika menjalin kerjasama yang sangat kukuh dalam pelbagai bidang, termasuk pertahanan.

“Ini menunjukkan keyakinan dan kepercayaan kedua-dua negara terhadap satu sama lain.

“Saya berharap untuk terus mengembangkan dan memajukan kerjasama ini,” ujar Encik Wong yang juga Menteri Kewangan, di kem yang terletak di Arizona itu.

Tambahnya, kehadiran latihan tentera Singapura adalah antara yang terbesar di negara itu.

Dalam rangka lawatan kerjanya ke Amerika dari Khamis hingga 15 Oktober, Encik Wong telah berkunjung ke detasmen Peace Carvin II RSAF di Pangkalan Tentera Udara Luke di Arizona, menurut Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan.

Dalam lawatannya itu, beliau diberi taklimat tentang keupayaan canggih pesawat kombat F-35 yang dijangka diperoleh RSAF mulai 2026.

F-35 akan menggantikan armada F-16 yang akan dihentikan perkhidmatannya secara bertahap mulai pertengahan 2030-an.

Beliau diiringi oleh Brigedier-Jeneral Jason M. Rueschhoff, komander Sayap Pejuang Tentera Udara Amerika ke-56 di Pangkalan Tentera Udara Luke; dan komander RSAF bagi Komand Kombat Udara, Brigedier-Jeneral Lim Kok Hong.

Semasa beliau berinteraksi dengan kakitangan RSAF dan keluarga mereka, Encik Wong melahirkan penghargaan atas tugas yang mereka jalankan.

“Terima kasih kepada kakitangan RSAF atas dedikasi anda dalam mempertajam keupayaan ketenteraan kita dan sekali gus membantu dalam memastikan Singapura selamat – dan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga anda atas sokongan mereka!” katanya.

Pada April, detasmen itu menyambut ulang tahunnya yang ke-30.

Dalam beberapa tahun akan datang, ia akan berpindah ke pangkalan udara Ebbing Air National Guard Base di Forth Smith, Arkansas, di mana F-35 juga akan ditempatkan. Lokasi bersama jet pejuang akan menyediakan peluang latihan yang lebih baik, kata Mindef.

Latihan di Amerika membolehkan RSAF mengatasi batasan ruang udara yang terhad di Singapura, dan para juruterbang juga boleh mengasah kemahiran mereka dengan menyertai pelbagai latihan bersama rakan sejawatan mereka di Amerika.

Interaksi ini menekankan hubungan pertahanan yang sangat baik dan lama antara Singapura dengan Amerika, serta meningkatkan kerjasama dan hubungan rakyat antara tentera udara kedua-dua negara, ujar Mindef.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >