Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Ruang masyarakat baru dibuka di Keat Hong bagi pupuk minat sains, teknologi dari usia muda

Aug 12, 2023 | 03:35 PM



Bagi memupuk semangat pembelajaran sepanjang hayat dari usia muda, satu ruang terbuka yang baru telah dilancarkan di luar Kelab Masyarakat Keat Hong pada Sabtu.

Terletak bersebelahan taman permainan dan diberi nama Keat Hong SpacE3 – yang mana E kuasa tiga membentuk tiga objektif utama iaitu Keterlibatan (Engage), Mendidik (Educate) dan Memperkasa (Empower) – ruang tersebut adalah satu inisiatif yang ditubuhkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Kelab Masyarakat Keat Hong (CCMC).


Menurut satu kenyataan media oleh Pejabat Kawasan Keat Hong, ruang itu menyediakan wadah tambahan bagi melaksanakan acara dan aktiviti yang tertumpu pada Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (S.T.E.A.M) bagi para belia “dalam suasana lebih menyerlah dan mudah diakses”.

Ini di samping memanfaatkan perkongsian antara rakan kongsi korporat, agensi dan rakan kongsi masyarakat bagi membantu penduduk belia di Keat Hong “menetapkan aspirasi mereka”, sejajar dengan teras Melengkapkan (Equip pillar) bagi inisiatif Melakar Hala Tuju Singapura atau Forward SG.


Mengulas lebih lanjut tentang Keat Hong SpacE3, Penasihat kepada Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Chua Chu Kang (Keat Hong), Encik Zhulkarnain Abdul Rahim berkata:


“Ini adalah ruang di mana kita boleh melibatkan rakan kerja masyarakat dan belia untuk berkumpul dan tanamkan kesedaran terhadap projek-projek berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan muzik.

“Setiap bulan, penaja korporat dan rakan kongsi masyarakat yang berbeza akan luangkan masa untuk menanamkan kesedaran berkenaan pendidikan (bagi projek-projek berkaitan)”.

Beliau menyatakan sedemikian kepada pihak media selepas sesi perasmian ruang itu, yang turut dihadiri Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.

Encik Chan hadir di acara itu sebagai sebahagian daripada Lawatan Masyarakat Menteri (MSV) ke Divisyen Keat Hong.

Encik Zhulkarnain berkata idea bagi inisiatif tersebut timbul selepas satu sesi lawatan ke makmal Universiti Nasional Singapura (NUS) bersama pelajar dan kanak-kanak dari Keat Hong.

Beliau berpendapat ada baiknya untuk tampilkan aktiviti seperti itu lebih dekat dengan masyarakat agar anggota keluarga dapat sama-sama turut serta dan pada masa yang sama, mereka mendapat akses kepada rakan kongsi korporat dan pemimpin masyarakat sekaligus.

Dalam pada itu, acara perasmian tersebut menyaksikan beberapa aktiviti diadakan seperti Program Makmal Kanak-kanak BASF dan Projek GIFTable di Keat Hong.

Projek GIFTable di Keat Hong misalnya menggalakkan kanak-kanak dan keluarga mereka untuk melaksanakan amalan kelestarian.

Dilancarkan pada Julai 2023, set meja belajar dan kerusi mesra alam, seperti yang diperbuat daripada kotak dikitar semula, diedarkan kepada kanak-kanak berusia antara tiga hingga tujuh tahun daripada keluarga berpendapatan rendah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >