Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rumah Api Raffles boleh dijana sepenuhnya oleh tenaga suria

Nov 12, 2023 | 03:34 PM



Rumah Api Raffles yang terletak di Pulau Satumu serta peralatan operasi seperti menara radar di Pulau Selatan boleh dikuasakan sepenuhnya dengan tenaga yang boleh diperbaharui tidak lama lagi.

Akhbar The Straits Times difahamkan bahawa Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA) sedang mengkaji penghasilan lebih daripada 1.2 gigawatt jam elektrik setahun di pulau itu daripada tenaga suria.


Ia akan menggunakan panel suria dan sistem simpanan tenaga bagi menguruskan tenaga suria yang terputus. 

Tenaga elektrik yang dihasilkan cukup untuk memberi kuasa kepada sekitar 300 flat empat bilik Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) selama setahun. 

MPA sedang mengkaji untuk melancarkan sistem panel suria pada 2024. 

Menurut ujian berterusan yang telah dilakukan, tenaga suria itu akan dilengkapkan dengan bekalan yang mempunyai potensi sehingga 2,700 kilowatt-jam tenaga elektrik.

Ini akan membolehkan tenaga hijau yang mencukupi untuk menjana kedua-dua rumah api dan peralatan operasi lain di pulau itu, kata MPA. 

Ini termasuk sistem bantuan pelayaran seperti radar dan menara telekomunikasi. 

Sejak April, MPA telah menjalankan percubaan dengan syarikat tenaga boleh diperbaharui, Bluenergy Solutions untuk mengubah arus pasang surut kepada tenaga elektrik, dengan menggunakan turbin bawah permukaan air yang terletak di luar kawasan Pulau Satumu. 

Ujian empat turbin pasang surut telah berjaya diselesaikan dan kerja-kerja kini sedang dijalankan untuk memasang kabel bagi bekalan elektrik ke pulau itu, kata MPA. 

Projek suria dan tenaga pasang surut boleh menggantikan penggunaan generator diesel di pulau itu. 

“Keupayaan menghasilkan tenaga elektrik daripada sumber yang boleh diperbaharui ini juga boleh menjadikan pulau itu satu lokasi berpotensi bagi pengecasan kapal pelabuhan elektrik,” kata jurucakap MPA. 

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah berkata bahawa mulai 2030, semua kapal pelabuhan yang beroperasi di pelabuhan Singapura perlu menggunakan elektrik sepenuhnya, berupaya menggunakan biofuel B100, atau serasi dengan bahan sifar minyak seperti hidrogen. 

MPA telah membuka tender untuk menjalankan penilaian kesan pada alam sekitar di pulau itu, serta membangunkan reka bentuk konsep bagi pemasangan sistem panel suria, sistem simpanan tenaga dan sistem pengurusan kuasa. 

Agensi itu sedang meninjau tapak kosong di bahagian selatan pulau itu bagi pemasangan sistem.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >