Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura bakal import tenaga elektrik rendah karbon dari Vietnam

See Leng: Dagang elektrik rentas sempadan boleh jadi kenyataan di Asia Tenggara
Oct 24, 2023 | 06:40 PM



Singapura akan mengimport lebih 1.2 gigawat (GW) tenaga elektrik rendah karbon dari Vietnam, dengan sebahagian besarnya dibentuk tenaga dijana dari kuasa angin.

Ini akan membantu usaha Singapura mencapai matlamat mengimport sekitar 4GW tenaga boleh diperbaharui menjelang 2035 melalui import elektrik.

Import tenaga dari Vietnam itu mungkin membentuk 10 peratus keperluan tahunan Singapura, dan akan disalurkan melalui kabel bawah laut sepanjang 1,000 kilometer, menurut Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) pada Selasa.

Persetujuan serupa juga telah ditandatangani untuk mengimport 2GW tenaga elektrik rendah karbon dari Indonesia dan 1GW tenaga elektrik dari Cambodia – yang merupakan campuran tenaga hidro, suria dan angin.

Secara keseluruhan, import itu akan membentuk sekitar 30 peratus campuran tenaga Singapura pada 2035.

Berucap sempena Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura di Marina Bay Sands pada Selasa, Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, berkata EMA telah memberi kelulusan bersyarat kepada Sembcorp Utilities untuk mengimport tenaga elektrik dari PetroVietnam Technical Services Corporation di Vietnam.


Pada masa sama, Singapura telah menamatkan fasa pertama kajian yang dilakukan bersama Amerika Syarikat bagi memeriksa keterhubungan sedia ada dan potensi keterhubungan lain di Asean, selain manfaat sosio-ekonomi keterhubungan tenaga serantau, ujar Dr Tan.

“Hasil kajian itu akan menonjolkan manfaat keterhubungan tenaga ke atas rantau ini. Ini termasuk mengurangkan pelepasan, modal dan kos pengeluaran, (memastikan) sumber yang lebih mencukupi, bekalan tenaga lebih berdaya tahan, serta manfaat ekonomi dengan mewujudkan pekerjaan hijau. AS dan Singapura merancang untuk memulakan fasa kedua kajian tersebut, yang akan memberi tumpuan pada rangka kerja tadbir urus dan pembiayaan dalam melaksan projek perdagangan tenaga rentas sempadan,” ujar Dr Tan.

Kedua-dua negara tidak menyatakan bila fasa kedua akan bermula.

“Kami mengalu-alukan lebih banyak negara serantau dan rakan kongsi pelbagai hala menyertai kami dalam kajian ini,” tambah Dr Tan.

Memberi contoh projek kuasa hidro Laos-Singapura, yang bermula pada Jun 2022 dan melibatkan import hingga 100 megawat (MW) tenaga boleh diperbaharui melalui Thailand dan Malaysia, Dr Tan berkata perdagangan elektrik rentas sempadan melibatkan beberapa negara boleh menjadi realiti di Asia Tenggara.

“Sejak ia dimulakan, sekitar 270 gigawat kuasa elektrik telah dieksport ke Singapura dari Laos. Kesemua empat negara kini membincangkan cara terbaik untuk mempertingkat projek ini, termasuk berdagang pada kapasiti melebihi 100MW dan memudahkan aliran elektrik ke semua arah,” tambahnya.

“Kami berharap projek-projek ini akan menyokong pembangunan Grid Kuasa Asean yang lebih luas. Dengan kemajuan baik sejauh ini, kami mengkaji kemungkinan menjalankan lebih banyak projek import kuasa elektrik, dengan mempertimbangkan keselamatan tenaga dan kos,” kata Dr Tan.

Kuasa suria juga akan menjadi sumber utama tenaga diperbaharui yang diperolehi melalui import tenaga diperbaharui Singapura, kata Dr Tan, memandangkan kekurangan tanah di Singapura menjadi halangan menggunakan sumber tenaga itu pada skala lebih besar. Walaupun Singapura bermatlamat mencapai penggunaan 2GW tenaga suria menjelang 2030, ia masih membentuk kurang 10 peratus campuran tenaga masa depannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >