Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rutin jaga penampilan, tingkat keyakinan kaum Adam

Jul 03, 2023 | 05:30 AM



Lebih ramai kaum Adam kini menitikberatkan penampilan dan penjagaan diri mereka.

Ternyata, perubahan ketara dalam sikap dan persepsi masyarakat telah membantu dalam menjadikan ia norma kehidupan masa kini. Berita Harian meninjau trend ini.


Skrub muka, krim pelembap wajah, serum, krim tabir suria dan suplemen.

Ia merupakan antara produk yang diambil Encik Khairul, yang enggan nama sebenarnya disiarkan, hampir setiap hari sebelum keluar rumah.

Ini bagi memastikan kulit wajahnya dapat dilindungi dan bertahan daripada cuaca yang tidak menentu di sini.

“Cuaca di Singapura ini ada masanya panas dan adakalanya pula hujan.

“Dan disebabkan pekerjaan saya banyak memerlukan saya berada di luar, saya mahu pastikan bahawa saya mengambil langkah perlindungan agar kulit wajah saya tidak berminyak dan masalah jerawat tidak kembali,” ujarnya.

Encik Khairul, 37 tahun, sebelum ini mengalami masalah jerawat yang teruk, sehingga kadangkala kulit wajahnya kering dan mengelupas.

Menurut beliau, setelah mencuba beberapa produk penjagaan muka, beliau mula melihat perbezaan.

Kini, ia menjadi sebahagian daripada rutin sehari-hari beliau pada waktu pagi dan malam, di mana beliau memperuntukkan sekurang-kurangnya 15 hingga 30 minit untuk merawat diri.

Beliau merupakan antara sebilangan kaum Adam yang kian prihatin terhadap penjagaan dan rawatan muka serta penjagaan diri ataupun ‘self-care’.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat perubahan ketara dalam sikap masyarakat terhadap dandanan peribadi serta penjagaan diri bagi kaum lelaki.

Lebih ramai lelaki mementingkan penjagaan penampilan mereka, dan jumlah ini dijangka terus meningkat menurut pakar yang dihubungi Berita Harian (BH).


Antara sebab adalah penerimaan yang semakin meningkat terhadap penjagaan diri buat lelaki – sesuatu yang lazim – yang bukan sahaja boleh diterima, malah disifatkan sebagai satu keperluan.

Apatah lagi terdapat banyak produk di pasaran yang kini dikhususkan untuk kaum lelaki.

Masyarakat tidak lagi memandang perkara sebegini sebagai sia-sia dan tidak mendatangkan faedah buat kaum Adam.

Sebaliknya, ramai menyedari bahawa penjagaan diri dapat membantu dalam meningkatkan keyakinan, status sosial dan kejayaan profesional seseorang.

Demikian pendapat, Dr Charles Ng, konsultan kulit dan pengasas klinik penjagaan kulit, Folke Skincare.

“Saya rasa pada ketika itu kita perlu fahami bahawa terdapat banyak stigma sosial terhadap lelaki yang menjaga penampilan mereka.

“Kita juga hidup dalam masyarakat Asia, jadi saya fikir ketika itu, orang memandang rendah lelaki yang menjaga penampilan mereka, dan mengaitkan ini sebagai perkara yang hanya dilakukan wanita.

“Namun begitu, apabila masyarakat kita menjadi semakin maju, menjaga penampilan anda tidak terhad kepada fantasi semata-mata, kerana ia adalah satu cara untuk menyatakan betapa anda benar-benar menitikberatkan penampilan diri anda sebagai seorang individu, agar diri anda menjadi lebih tenang dan berkeyakinan tinggi,” katanya.

Bersependapat, pengarah perubatan klinik Nexus Aesthetics, Dr Samantha Tay berkata:

“Saya fikir ia boleh membantu keyakinan diri mereka, terutamanya jika mereka mempunyai masalah penjagaan kulit sebelum ini, seperti, katakan mereka mempunyai masalah jerawat.

“Setelah mereka mendapatkan rawatan untuk memperbaiki masalah jerawat itu, mereka mungkin dapat rasakan perbezaan dan ini juga akan meningkatkan keyakinan diri mereka.”

Sejak menceburi bidang itu sekitar 20 tahun lalu, Dr Ng berkata beliau telah menyaksikan peningkatan yang agak ketara dalam bilangan kaum Adam yang mendapatkan rawatan penjagaan diri.

Kini, bilangan pelanggan lelaki yang ke kliniknya adalah sebanyak 40 peratus, berbanding hanya 5 peratus ketika beliau baru bermula.

Sementara itu, Dr Tay berkata lelaki membentuk sekitar 35 hingga 40 peratus daripada jumlah keseluruhan pelanggannya.

“Saya perhatikan semakin ramai lelaki yang datang untuk mendapatkan rawatan.

“Pada mulanya, mereka yang datang kebanyakannya ingin menjalani prosedur seperti rawatan muka dan laser.

“Namun, lama-kelamaan rawatan... yang dapat membaiki kulit yang rosak atau kesan daripada penuaan, kian mendapat permintaan juga,” katanya.

Faktor ini, menurut kedua-dua pakar, mungkin disebabkan pengaruh daripada ikon dan selebriti lelaki setempat mahupun antarabangsa, serta adanya produk-produk baru yang dikeluarkan khusus untuk lelaki.

Trend kaum Adam yang lebih menitikberatkan penjagaan diri mereka kini dianggap sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan, disebabkan tuntutan mengamalkan gaya hidup lebih sihat.

Dengan tekanan mahu mengekalkan tabiat penjagaan diri yang lebih baik, Dr Ng berkata jumlah kaum Adam yang akan menjaga penampilan mereka hanya akan meningkat.

“Sudah menjadi naluri manusia, bahawa kita mahu sentiasa kelihatan kemas dan rapi.

“Kadangkala, kita lakukan bukan hanya untuk orang lain, tetapi untuk diri kita sendiri.

“Justeru, hanya masa yang akan menentukan jika lebih ramai lelaki sedar akan kepentingan perkara ini,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >