Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saktiandi beri amaran tentang akaun palsu menyamar dirinya

Sep 03, 2023 | 04:15 PM



Seorang lagi Anggota Parlimen (AP) “diserang” akaun media sosial palsu yang menyamar sebagai dirinya.

AP GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, memberi amaran kepada pengikutnya berkaitan beberapa akaun palsu di Instagram yang menggunakan gambar profil dan versi namanya.

Beliau telah membuat catatan amaran di media sosial Facebook dan Instagram dengan berkata:

“(Saya) ingin memaklumkan bahawa terdapat beberapa akaun palsu yang menggunakan foto profil saya, menyiarkan gambar dan versi nama saya. Harap berhati-hati dan tidak berinteraksi dengan mereka jika mereka mesej anda. Akaun sebenar saya ialah @saktiandisupaat.”

Apabila dihubungi Berita Harian (BH), Encik Saktiandi memberitahu bahawa beliau telah menerima mesej daripada beberapa rakan sejak Sabtu bahawa terdapat akaun samaran dengan gambar profiilnya yang telah direka.


“Apabila saya mendapati ada lebih daripada satu akaun palsu, saya buat catatan di media sosial pada Ahad untuk memberi amaran kepada semua agar tidak berinteraksi atau membalas mesej akaun-akaun palsu ini,” katanya yang juga telah diberitahu bahawa akaun palsu tersebut telah menghantar mesej kepada rakannya dan bertanya khabar.

“Saya bimbang jika akaun palsu ini cuba membina hubungan baik dengan pengikut dan rakan-rakan saya dalam media sosial. Ini bahaya kerana mereka mungkin juga kemudian akan menanyakan maklumat peribadi dan langsung terjadinya penipuan,” tambah beliau yang mendapati terdapat sekurang-kurangnya tiga akaun palsu yang menyamar dirinya di Instagram.

Encik Saktiandi telah menukar gambar profilnya kepada yang baru pada pagi Ahad dengan harapan agar orang awam dapat membezakan profil palsu dengan yang sebenar.

“Akaun-akaun saya juga dilindungi Meta dengan ikon tanda betul biru di sebelah nama akaun yang memastikan bahawa akaun sebenar saya telah disahkan,” ujar beliau.

“Saya juga harap orang ramai berhati-hati dan semak akaun palsu yang menyamar sebagai diri saya apabila dimesej. Jika akaun itu tidak mengikut ramai orang atau mempunyai catatan yang sedikit, ia petanda bahawa akaun itu palsu.

“Ataupun jika terdapat sesuatu yang ganjil, misalnya ejaan yang salah. Ada satu akaun palsu itu yang terdapat bahasa Sepanyol atau Portugis,” jelas Encik Saktiandi yang berharap orang awam dapat perhatikan jika terdapat sebarang percanggahan dan bersikap hati-hati.

Sepanjang sedekad yang lalu, lebih daripada 10 ahli politik termasuk Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam; Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing; dan AP MacPherson, Cik Tin Pei Ling, mempunyai akaun media sosial palsu yang dicipta dengan nama mereka.

Pada Ogos, pihak polis memberi amaran tentang bertambahnya kes penipuan penyamaran, dengan mangsa di platform media sosial dihubungi atas alasan menyertai atau mengundi dalam kempen yang didakwa dianjurkan oleh jenama tempatan.

Antara 1 Januari dan 26 Julai, lebih daripada 120 individu hilang sekurang-kurangnya $330,000 kepada penipuan penyamaran media sosial sedemikian.

Untuk maklumat lanjut mengenai penipuan, orang ramai boleh mengunjungi laman www.scamalert.sg atau hubungi talian bantuan Anti-Penipuan di 1800-722-6688.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >