Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Salah dakwa akhbar Cina utama setempat sokong Beijing, kata Duta S’pura ke AS kepada Washington Post

Aug 06, 2023 | 02:56 PM



Pemerintah Singapura telah mengeluarkan bantahan keras terhadap laporan The Washington Post yang mendakwa media berbahasa Cina Lianhe Zaobao sering menyokong propaganda dan kepalsuan China.


Duta Singapura ke Amerika Syarikat (AS), Encik Lui Tuck Yew, berkata artikel The Washington Post pada 24 Julai yang bertajuk “In Singapore, loud echoes of Beijing’s positions generate anxiety” atau “Gema kuat kedudukan Beijing cetus kerisauan di Singapura”, secara salah mencadangkan Zaobao menyokong propaganda Beijing.


“Media aliran utama Singapura, termasuk Lianhe Zaobao, mencerminkan keprihatinan uni masyarakat kami yang berbeza, sejarah budaya dan perspektif. Mereka melaporkan berita tempatan dan global untuk rakyat Singapura dan memainkan peranan penting dalam memelihara suara masyarakat pelbagai budaya kita,” kata Encik Lui dalam surat yang ditujukan kepada editor The Washington Post pada 26 Julai.


Surat itu dimuat naik pada Sabtu di laman web kedutaan Singapura di Washington.

Encik Lui berkata Singapura menjalankan dasar ehwal luarnya berdasarkan kepentingan negara sendiri - sebuah kedudukan yang menikmati sokongan yang kuat daripada orang ramai.

“Kami tidak memilih pihak tetapi menegakkan prinsip yang konsisten,” katanya.

“Ia adalah salah bagi saluran berita Amerika mengharapkan Zaobao untuk menyerupai The Washington Post, atau fikir Singapura harus mengikuti Amerika Syarikat atau China. Media dan masyarakat kami adalah unik, dan menawarkan perspektif berharga yang menyumbang kepada dialog global,” kata Encik Lui.


Artikel The Washington Post menyatakan Beijing menggunakan masyarakat etnik Cina di luar negara sebagai alat untuk mencapai cita-cita geopolitiknya.


Khususnya, ia menuduh Zaobao secara rutin menyokong “beberapa kepalsuan Beijing yang paling keras, termasuk menafikan bukti pencabulan hak di Xinjiang”, dan mengutamakan “akses (kepada pembaca di tanah besar China) yang berterusan daripada liputan kritikal (China)“.


Sehari selepas The Washington Post menerbitkan laporannya, Zaobao pada 25 Julai memaparkan di laman webnya respons komprehensif dalam bahasa Cina dan Inggeris yang telah diberikan sebelum ini kepada The Washington Post bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan dalam artikelnya.


Editor Lianhe Zaobao, Encik Goh Sin Teck berkata dalam satu kenyataan bahawa respons tersebut “tidak dicerminkan secukupnya” dalam laporan The Washington Post.


Washington Post telah secara selektif meninggalkan beberapa fakta sambil sengaja mengetengahkan dan menyusun beberapa maklumat, dan memetik bekas dan wartawan semasa tanpa nama untuk melukis imej negatif Lianhe Zaobao. Ini dikesali tetapi tidak mengejutkan kami,” katanya.


“Di tengah-tengah situasi geopolitik antarabangsa kini, idea bahawa ‘jika anda tidak bersama kami, anda menentang kami’ semakin merebak.

Lianhe Zaobao percaya bahawa kami tidak seharusnya berasa tertekan oleh sesiapa untuk mengubah hala tuju editorial kami. Kami terus komited untuk kekal objektif; kami tidak akan membuat keputusan kerana ditekan oleh mana-mana pihak, dan tidak mahu terlibat dalam persaingan China-AS.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >