Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

SBF tandatangan MOU bantu firma S’pura tembusi pasaran luar, Asean

Aug 31, 2023 | 04:05 PM



Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) menandatangani dua memorandum persefahaman (MOU) bagi membantu syarikat Singapura menembusi pasaran luar negara, terutama sekali di rantau Asean.

Ini akan dilakukan antaranya dengan menggalak perdagangan dan pelaburan antara Singapura dengan negara lain melalui inisiatif bersama hasil MOU yang diperbaharui antara SBF dengan United Overseas Bank (UOB).

Syarikat tempatan boleh memanfaatkan program GlobalConnect@SBF dan unit penasihat pelaburan asing UOB untuk mendapatkan maklumat dan huraian bakat.

SBF melancarkan program GlobalConnect@SBF bersama Enterprise Singapore pada 2019.

Menurut UOB, ia akan terus memberi sokongan kepada syarikat yang ingin memperluas perniagaan mereka di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam.

UOB dan SBF juga akan bekerjasama menyokong syarikat Singapura melalui maklumat pasaran, misi perniagaan dan pemadanan perniagaan.

Kededua pihak juga akan membuat rujukan silang dalam memberikan bantuan, nasihat pelaburan serta berkongsi kenalan perniagaan tempatan.

SBF turut menandatangani MOU bersama Y3 Technologies, sebahagian daripada syarikat huraian rantaian bekalan YCH Group, untuk menyokong aktiviti e-dagang perniagaan Singapura di rantau Asean dan negara lain.

SBF dan Y3 Technologies akan menawarkan bengkel pecuma, sesi rundingan dan diagnostik serta peluang bagi perniagaan setempat membina rangkaian.

Pengerusi SBF, Encik Lim Ming Yan, berkata: “Pertumbuhan ekonomi Asean yang diramalkan lebih 4 peratus tahun ini, disertakan kelas pertengahannya yang semakin besar, digitalisasi pesat, sumber asli yang banyak dan dorongan integrasi serantau yang lebih tinggi, menjadikan (Asean) lebih menarik bagi perniagaan Singapura yang mencari peluang memperluas jangkauan mereka dan membina perniagaan.”

Kededua MOU tersebut ditandatangani semasa Sidang Asean ketujuh, dianjurkan SBF dan rakan kongsi pengasasnya lain, UOB, Rajah & Tann dan RSM Singapore.

Acara tersebut turut dihadiri tetamu terhormat iaitu Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong.

Encik Gan turut menyertai dialog bagi membincangkan topik yang merangkumi perkembangan serta trend ekonomi Asean, kesan Perjanjian Perdagangan Bebas ke atas Asean, serta peranan Singapura dalam usaha digitalisasi dan kemampanan, serta bagaimana rantau Asean boleh bekerjasama di tengah-tengah ketidaktentuan global.

Sekitar 4,000 syarikat telah memanfaatkan khidmat penasihat FDI yang disediakan UOB sepanjang tempoh sedekad lalu, menurut timbalan pengerusi dan ketua pegawai eksekutif UOB, Encik Wee Ee Cheong, dalam menyampaikan ucapannya semasa acara itu.

Katanya: “Sejak 2014, syarikat yang kami bantu telah membuat komitmen mewujudkan lebih 180,000 peluang pekerjaan.”

Sidang tersebut telah menghimpunkan 15 pemimpin daripada sektor swasta sebagai moderator dan anggota panel yang telah menyertai tiga sesi perbincangan yang diadakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >