Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

See Leng: 90% kerja sumber luar F1 diberi kepada syarikat tempatan

Sep 03, 2023 | 09:03 PM



Sekitar 90 peratus daripada kerja sumber luar diberikan kepada syarikat tempatan bagi menganjurkan perlumbaan Grand Prix Singapura Formula Satu (F1) Singapore Airlines, kata Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng.

Selain daripada hasil jualan tiket perlumbaan dan konsert, ekonomi Singapura juga akan meraih manfaat yang besar daripada 28 acara mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (Mice) yang dianjurkan seiring dengan minggu perlumbaan itu.

Bercakap kepada media pada Ahad di HDB Hub di Toa Payoh, beliau memberi jaminan bahawa acara-acara yang dianjurkan seiring dengan minggu perlumbaan F1 akan membawa “kesan limpahan” atau spillover effects kepada ekonomi Singapura.


“Dari minggu sebelum F1, dan minggu selepas itu, kami mempunyai 28 acara Mice.

“Banyak firma ekuiti swasta besar dana lindung nilai atau hedge fund yang akan berkumpul, terdapat banyak tawaran perniagaan yang akan berlaku dan rundingan perniagaan akan berlangsung pada masa yang sama. Jadi terdapat banyak kesan limpahan,” kata Dr Tan.


Dari segi hasil penjualan tiket pula, Dr Tan berkata penganjur mendapat “sambutan yang hangat” dan menjangka akan melihat jumlah kehadiran penonton yang tinggi.

“Daripada 23 kategori tiket, 16 daripadanya sudah habis dijual. Jadi kami tinggal dengan tujuh kategori, di mana, lima daripadanya, sedang cepat dijual. Kami dapat melihat bahawa sambutannya sebenarnya amat hebat,” tambahnya.

Perlumbaan malam dari 15 hingga 17 September itu dijangka menarik sekitar 250,000 penonton, kurang 17 peratus daripada jumlah rekod 302,000 penonton pada 2022.

Ini kerana rancangan pembangunan semula yang lebih luas platform terapung The Float @ Marina Bay menyebabkan bahagian tempat duduk Bay Grandstand ditutup.

“Kami terpaksa menutup tempat duduk di Bay Granstand untuk memberi laluan bagi kerja binaan NS Square. Tetapi apa yang kami telah lakukan ialah kami cuba mencari tempat lain untuk ditambah dengan cepat.

“Kami tidak akan dapat menggantikan sepenuhnya jumlah tempat duduk yang telah ditutup, tetapi kami dapat menambah sekitar 10,000 kerusi dari jumlah yang hilang,” kata Dr Tan.

Beliau menambah walaupun hasil jualan tiket lebih rendah berbanding 2022, hasil daripada kegiatan lain seperti tempahan hotel, perhimpunan Mice dan konsert sudah pasti akan menebus kekurangan itu.

Artis terkenal seperti Robbie Williams, Post Malone, Jackson Wang dan Rich Brian dijangka membuat persembahan semasa acara tersebut.

Dari 8 hingga 17 September, Musim Grand Prix Singapura (GPSS) kembali dengan pesta kejiranan di empat lokasi dan rangkaian pengalaman gaya hidup bertemakan perlumbaan di seluruh negara.

GPSS diadakan sempena perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Singapore Airlines 2023 dan menggalak warga Singapura, tidak kira usia dan minat, serta pelancong meneroka Singapura secara mendalam.

Pesta bertemakan perlumbaan juga akan diadakan di empat lokasi berbeza tetapi saling berkaitan di Orchard Road, Clarke Quay, Kampong Gelam dan Sentosa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >