Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekeluarga serba merah sambut Hari Kebangsaan di kejiranan

Aug 05, 2023 | 08:44 PM



Lengkap dengan pakaian merah dan beg yang dipenuhi bekal dan barang keperluan, Cik Fanduriyah Ismail, 55 tahun dan keluarganya menyertai ribuan warga Singapura yang lain untuk meraikan Hari Kebangsaan di Stadium Jurong West pada Sabtu.

Beliau, yang ditemani suami, empat anak dan tiga cucu berkata Hari Kebangsaan ini penuh bermakna kerana keluarga itu baru menerima seorang lagi anggota - cucu yang kini berusia tujuh bulan - yang turut dibawa ke stadium.

“Anak-anak dan cucu kita biasa sajalah datang ke mari untuk menyertai permainan di sini,” katanya.

“Walaupun cuaca panas, ada macam-macam kegiatan untuk mereka di sini.”

Cik Fanduriyah merupakan antara sekitar 28,000 orang yang menyertai kegiatan di empat stadium di Toa Payoh, Bedok, Woodlands dan Jurong West pada Sabtu. Acara diteruskan pada Ahad, dengan ditambah satu lagi lokasi, di Our Tampines Hub (OTH).

Sekitar 7,000 pengunjung bertiket dijangka hadir di setiap stadium bagi menyertai acara yang dianjurkan bersama Jawatankuasa Sambutan Kejiranan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2023 dan GetActive! Singapore yang dikelolakan oleh Sport Singapore (SportSG).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >