Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas Parlimen

Sep 19, 2023 | 05:17 PM



18 pegawai penguat kuasa disabit kesalahan berkaitan rasuah dalam tempoh sedekad

Sepanjang tempoh 10 tahun dari 2013 hingga 2022, seramai 18 pegawai penguat kuasa telah disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing, pada Isnin.

Daripada jumlah itu, tujuh pegawai adalah daripada Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), tujuh daripada Pasukan Polis Singapura (SPF) dan seorang daripada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Encik Chan berkata demikian ketika menjawab soalan yang diajukan Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) mengenai jumlah pegawai penguat kuasa yang didapati bersalah kerana rasuah atau salah laku berkaitan.

Tiada ‘niat jahat’ daripada insiden helikopter M’sia masuk ke ruang udara S’pura

Tiada “niat jahat” dikesan daripada insiden apabila sebuah helikopter awam berdaftar Malaysia memasuki ruang udara Singapura pada 9 Ogos, mengakibatkan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) mengerahkan dua jet F-16, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, pada Isnin.

Dalam jawapan bertulis Parlimen, Dr Ng berkata helikopter itu diarah mengambil gambar pelantar minyak berdaftar Malaysia yang sedang dialihkan dari Pasir Gudang ke Miri, Sarawak, apabila ia tersilap memasuki ruang udara Singapura tanpa kebenaran.

Dr Ng berkata demikian sebagai menjawab soalan Anggota Parlimen, Cik Joan Pereira (GRC Tanjong Pagar) tentang sama ada keselamatan mana-mana pesawat telah terjejas akibat insiden itu dan apakah langkah yang akan dilaksanakan untuk mengelakkan kejadian serupa pada masa depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >