Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitar 100 belia selesai ikuti program bimbingan komuniti ketiga MClub

Aug 23, 2023 | 06:39 PM



Kesediaan dan semangat sekumpulan mentor membantu belia menjana keyakinan dan merealisasikan potensi mereka membantu mengukuhkan hubungan dalam masyarakat Melayu/Islam.

Menghargai sukarelawan yang terlibat dalam membantu menjayakan program bimbingan komuniti, PEER, Kelab MENDAKI (MClub), Setiausaha Parlimen Kanan (Kementerian Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam, berkata menjadi sukarelawan bukan mudah.

“Ramai yang mempunyai pekerjaan harian, keluarga dan komitmen lain tetapi telah memutuskan untuk meluangkan masa untuk menjadi sebahagian daripada ini.

“Kami berbesar hati melihat semangat yang ditunjukkan oleh para mentor untuk membantu belia kami mendapat keyakinan dan merealisasikan potensi mereka. Usaha sebegitu dapat memanfaatkan hubungan antara rakyat masyarakat Melayu/Islam,” kata beliau di acara penutup PEER @ M^3 Tampines selepas enam bulan, atas usaha bersama M^3 @ Tampines dan Woodlands.

Anggota Parlimen GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar, turut hadir di majlis penutup itu.

Program Komuniti PEER merupakan program mentoring yang bertujuan memberi sokongan, galakan dan teladan positif kepada pelajar sekolah menengah dengan menggandingkan mereka dengan belia yang lebih dewasa yang sudah bekerja ataupun mahasiswa universiti.

Dalam edisi ketiga, lebih 60 sukarelawan mentor dari institusi pengajian tinggi tempatan dan golongan muda yang bekerja telah dipadankan dengan kira-kira 100 menti sekolah menengah yang mengambil bahagian.

Lebih 100 sukarelawan, termasuk penganjur program, telah tampil sepanjang tahun lalu.

Bersama-sama, mereka menjalani rangkaian aktiviti dwi-mingguan yang telah disusun oleh penganjur sukarelawan untuk menyemai nilai-nilai pembangunan belia yang positif: Keyakinan, Kecekapan, Komuniti, Perwatakan dan Perhubungan atau 5C’s dalam bahasa Inggeris, Confidence, Competence, Community, Character and Connection.

Melalui inisiatif jangkauan khusus kepada sekolah, edisi tahun ini juga menarik kumpulan menti berlainan – daripada madrasah, keluarga berpendapatan rendah dan mereka yang mempunyai potensi kepimpinan.

Di majlis itu penutup itu, beberapa mentor turut diberi pengiktirafan Anugerah Dedikasi Permentoran PEER – pengiktirafan yang dikhaskan untuk mentor yang telah menyumbang secara berturusan kepada program itu selama ini.

Dalam ucapan penutupnya kepada peserta PEER @ M^3 Woodlands, Cik Mariam menekankan peri pentingnya meluaskan jangkauan bagi program seperti itu kepada khalayak ramai.

“Saya memuji pasukan penganjur atas usaha gigih mereka dalam memastikan kemasukan individu daripada pelbagai latar belakang, terutama mereka yang akan mendapat manfaat besar dengan mempunyai mentor. Ini akan membantu mengukuhkan kompak sosial komuniti kita secara keseluruhan,” kata Cik Mariam.

Perekrutan mentor untuk edisi keempat PEER akan berlangsung pada hujung tahun ini. Pendaftaran bagi menti akan bermula pada Februari 2024.

Butiran lanjut akan diumumkan di laman web MClub: www.mendakiclub.org.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >