Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekolah Sukan S’pura pecat jurulatih badminton susuli kematian pelajar

Oct 14, 2023 | 02:50 PM



Sekolah Sukan Singapura (SSP) telah memecat seorang jurulatih badminton menyusuli kematian Pranav Madhaik, pelajar Menengah 2 yang rasa tidak sihat selepas ujian masa kecergasan dan kemudian meninggal dunia di hospital.

SSP telah menjalankan siasatan dan pada Sabtu berkata bahawa ia mendapati jurulatih badminton itu sepatutnya memeriksa Pranav, 14 tahun, untuk memastikan kesihatannya baik sebelum meninggalkan trek.

Jurulatih itu juga tidak memeriksa kesihatan semua pelajar atletnya sebelum menyuraikan mereka daripada latihan dan tindakan itu tidak sejajar dengan protokol keselamatan sekolah.

Sekolah itu mengeluarkan urutan peristiwa dalam satu kenyataan media pada Sabtu. 

Pada 5 Oktober, Pranav telah selesai melakukan ujian masa kecergasan 400 meter pada 6.26 petang tetapi rasa tidak sihat selepas itu.

Dia pergi ke jurulatih badminton itu untuk melaporkan keadaannya dan diberitahu untuk berehat.

Remaja itu berehat di tepi sementara jurulatih tersebut memasukkan data ujian masa pada telefonnya. 

Jurulatih kemudian meninggalkan trek untuk memberi taklimat kepada pelajar lain dan seterusnya meninggalkan sekolah.

Sekitar 6.40 petang, seorang jurulatih trek dan balapan menyedari Pranav sedang berehat dan bertanya tentang keadaannya. 

Air telah diberikan kepadanya tetapi jurulatih trek itu menyedari bahawa Pranav menghadapi kesukaran untuk berdiri walaupun dengan bantuan.

Ambulans dihubungi pada 6.50 petang dan tiba pada 7.02 malam.

Jurulatih badminton itu kembali ke sekolah dan menemani Pranav ketika dia dibawa ke Hospital Universiti Nasional pada 7.19 malam.

Dia dimasukkan ke wad dan diberikan rawatan perubatan.

Bagaimanapun, dia meninggal dunia enam hari kemudian pada 11 Oktober.

Punca kematian ialah serangan jantung dengan punca anteseden kecacatan kongenital pada saluran koronari.

“Sekolah Sukan Singapura memandang serius perkara ini. Jurulatih telah diberikan notis pemecatan.

“Sekolah ini juga sedang menyemak semula dan memperkukuh semua protokol keselamatannya dan menekankan kepada jurulatih dan kakitangan mengenai kepentingan mematuhinya,” kata kenyataan SSP itu.

SSP menambah bahawa ia telah bertemu dengan ibu bapa Pranav pada Jumaat malam dan berkongsi dapatan penemuan menyusuli kejadian.

“Sekolah ini mengucapkan takziah kepada keluarga Pranav dan sedang menyokong keluarga (ini) tatkala mereka sedang berdukacita pada masa ini,” katanya.

Menukil laporan The Straits Times pada Jumaat, bapa Pranav, Encik Prem Singh Madhaik, berkata bahawa Pranav sihat dan pernah bermain selama lebih lima jam di beberapa kejohanan remaja.


Tetapi semasa pemeriksaan perubatan wajib di hospital sebelum menyertai SSP pada 2022, Pranav didapati mempunyai “kiraan darah yang rendah”.

Ia boleh menyebabkan Pranav berasa lebih letih berbanding orang lain semasa melakukan kegiatan yang sama.

Pranav dirujuk kepada pakar di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK dan diberi ubat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >