Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semai nilai belas kasihan dalam kalangan pelajar sekolah rendah

Apr 29, 2022 | 10:10 PM



SEKITAR 30 keluarga yang berpendapatan rendah atau golongan warga emas yang tinggal di Nee Soon Zon Tengah 6 dan Zon 7 diagihkan makanan ‘Buka Puasa’ selama seminggu dari 25 hingga 29 April. 



Jawatankuasa Penduduk Zon Tengah Nee Soon 7 telah bekerjasama dengan Sekolah Rendah Northland, Majlis Pembangunan Masyarakat Northwest dan syarikat katering Curate Kitchen. 



Sekitar 52 keluarga yang merangkumi pelajar Sekolah Rendah Northland serta ibu bapa mereka  tampil untuk membantu  pengagihan projek tersebut di kawasan perumahan disekeliling sekolah itu. 



Projek ini bertujuan menyemai nilai belas kasihan dan semangat kejiranan dalam kalangan pelajar Sekolah Rendah Northland di samping membantu meringankan perbelanjaan kos sara hidup penduduk dengan menyediakan juadah berbuka puasa pada bulan ini. 



Pada hari terakhir pengagihan (29 April), Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim hadir dan juga membantu mengagihkan juadah berpuasa dan juga troli yang diisi dengan barangan runcit dan kuih-muih.



“Ini satu inisiatif yang penting dan baik kerana ia satu inisiatif masyarakat  yang bukan sahaja dilakarkan bukan sahaja dari pihak sekolah tetapi merangkumi ibu bapa, pelajar dan masyarakat. Ini adalah satu aspek yang memaparkan kerjasama kejiranan yang akan membawa keceriaan kepada penduduk.... Ia juga memberi ruang pembelajaran kepada kanak-kanak tentang nilai-nilai yang ingin ditekankan menerusi inisiatif ini,” ujar Dr Faishal yang juga merupakan Penasihat Akar Umbi kepada Nee Soon.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >