Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semakan kebakaran lalu dapati kelemahan dalam penggunaan alat pernafasan

Oct 22, 2023 | 02:00 PM



Satu semakan ke atas beberapa insiden kebakaran pada masa lalu telah mendapati terdapat kesilapan yang berlaku sekali-sekala dalam cara pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menjalankan tugas.

Ini terutamanya berkaitan dengan penggunaan peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang betul, seperti tidak memakai PPE, atau tidak menggunakan set alat pernafasan semasa operasi membasahkan semua permukaan yang terbakar setelah api dipadam, kata SCDF dalam satu kenyataan pada Sabtu. 

Oleh itu, sejak 18 September, SCDF telah menubuhkan sebuah pusat kawalan yang diselia oleh pegawai kawalan alat pernafasan untuk semua kebakaran yang berlaku di tempat kediaman. 

Sebelum ini, ia hanya dilakukan bagi kejadian kebakaran yang dianggap teruk atau kompleks.   

“Tujuan pusat kawalan ini adalah untuk membantu komander darat mengesan kerahan anggota bomba, serta memastikan keselamatan operasi, seperti penggunaan yang mencukupi dan pemakaian PPE yang betul sebelum mereka memasuki tempat kebakaran,” kata SCDF. 

Ia menambah bahawa tugas utama pegawai adalah untuk memantau paras baki udara dalam set alat pernafasan individu, serta merancang penggantian udara, jika operasi sedang dijalankan. 

Semakan itu dibuat menyusuli kebakaran di sebuah flat pada 8 Disember 2022, yang meragut nyawa seorang Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF). 

Sarjan 1 Edward H. Go meninggal dunia selepas didakwa ditinggalkan bersendirian untuk melawan api di unit sewa tingkat empat di Blok 91 Henderson Road. 

Remaja berusia 19 tahun itu adalah anggota bomba pertama yang terkorban semasa operasi SCDF untuk memadam kebakaran. 

Hasil bedah siasat mengesahkan bahawa dia mati akibat tidak dapat bernafas disebabkan oleh silinder udara yang berkurangan.   

Menyusuli kejadian itu, SCDF membentuk sebuah kumpulan semakan dalaman bagi meneliti bagaimana operasi itu dijalankan. 

Kumpulan itu terdiri daripada pegawai kanan SCDF dan pakar yang mempunyai “banyak pengalaman operasi dan latihan”. 

Penolong Pesuruhjaya Francis Ng, Pengarah Jabatan latihan dan Pembangunan Profesional di SCDF, mengetuai semakan itu, yang meliputi banyak aspek seperti prosedur memadam kebakaran, keselamatan operasi dan latihan. 

Lebih 260 operasi memadam kebakaran dijalankan antara Januari 2021 dan 7 Disember 2022, di mana sekurang-kurangnya satu jet bomba dikerahkan, telah diaudit. 

Pasukan semakan itu juga menemu ramah hampir 150 komander seksyen dan anggota bomba yang terlibat dalam operasi tersebut, termasuk NSF, tentang pengalaman dan pemerhatian mereka.   

“Tujuannya adalah untuk menilai sama ada operasi di darat dijalankan secara profesional dan selamat, khususnya komand dan kawalan yang dijalankan oleh para komander di lapangan,” kata SCDF. 

“Kami terus meneliti 61 kes ini yang memerlukan lebih daripada dua jet bomba, yang akan dianggap sebagai kejadian yang lebih mencabar.” 

Ia menambah bahawa semakan itu mendapati bahawa cara memadam kebakaran telah diajar secara sistematik kepada anggota bomba SCDF dan prinsipnya dilaksanakan di tempat kejadian. 

Maklum balas yang diterima oleh pasukan itu juga menunjukkan bahawa pada umumnya terdapat arahan dan kawalan yang baik dan tumpuan kepada keselamatan operasi di tempat kejadian. 

Walaupun hasil kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada operasinya telah dijalankan secara profesional, ceka, dan selamat, sekali-sekala terdapat kesilapan dari individu. 

Pasukan semakan membuat beberapa saranan yang tertumpu kepada keselamatan operasi, komand dan kawalan. 

Ini termasuk semakan menyeluruh ke atas pemilihan dan latihan para komander di tempat kejadian, termasuk peningkatan latihan untuk menekankan kepentingan tanggungjawab komand, dan latihan untuk menguji keupayaan komand dan kawalan komander di tempat kejadian. 

Pegawai juga akan mempunyai penanda pengenalan pada topi keledar, agar lebih mudah dikenal pasti di tempat kebakaran. Ini dijangka siap menjelang Mac 2024, kata SCDF.

Satu mekanisme mengumpul maklum balas menyeluruh dan panel temuduga dalam pemilihan komander darat juga telah dirintis sejak September 2023.     

Semua komander seksyen akan dilengkapi dengan kamera yang dipakai di badan mereka menjelang Mac 2024.   

SCDF berkata kamera itu akan meningkatkan mutu semakan selepas sesuatu insiden, dan memudahkan penstriman langsung ke pusat operasi SCDF mulai Mei 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >