Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebakaran di Henderson Road: Pegawai SCDF bakal didakwa berhubung kematian NSF

Oct 14, 2023 | 08:42 PM



Seorang pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan didakwa di mahkamah pada Isnin berhubung kematian anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF), Sarjan 1 (SGT1) Edward Go, dalam kebakaran di Henderson Road pada Disember lalu.

Pegawai SCDF berusia 38 tahun itu akan didakwa atas kesalahan menyebabkan cedera parah akibat tindakan terburu-buru yang membahayakan nyawa dan keselamatan, kata polis dalam satu kenyataan media pada Sabtu.

SGT1 Go, yang berusia 19 tahun pada ketika itu, rebah semasa memadam kebakaran di Blok 91 Henderson Road pada 8 Disember 2022 dan kemudian meninggal dunia di hospital.

Polis berkata bahawa pegawai berkenaan didakwa meninggalkan SGT1 Go sendirian di dalam unit perumahan untuk melawan kebakaran yang berterusan, iaitu tindakan yang melanggar doktrin SCDF dalam memadam kebakaran. 

Pegawai SCDF berkenaan juga tidak memberitahu sesiapa mengenai fakta tersebut. Dia merupakan pegawai atasan SGT1 Go, tambah Polis.

Dakwaan ini didapati selepas polis menjalankan siasatan terhadap punca kematian SGT1 Go.

Polis berkata bahawa bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah “sesak nafas akibat silinder udara yang sudah kosong”.

“Siasatan tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan bahawa kematian Edward adalah disebabkan kegagalan peralatan,” katanya.

Polis juga telah secara berasingan merujuk seorang lagi pegawai SCDF berkaitan kematian SGT1 Go untuk mengambil tindakan jabatan.

Pegawai SCDF itu pula didakwa gagal memastikan keselamatan keseluruhan operasi memadam kebakaran dengan secukupnya apabila dia kemudiannya tiba di tempat kebakaran dan mengambil alih perintah dan kawalan kejadian itu, kata SCDF dalam kenyataan yang berasingan pada Sabtu.

Berucap kepada media di ibu pejabat SCDF di Ubi pada Sabtu, Pesuruhjaya SCDF, Encik Eric Yap, berkata: 

“Kami akan menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi kes ini dan sekiranya sebarang kesilapan didapati, kami akan mengambil tindakan disiplin yang sepenuhnya dan adil terhadap pegawai berkenaan.

“Sementara menunggu hasil siasatan, SCDF telah mengerah semula pegawai berkenaan ke jawatan bukan penyeliaan dan bukan di barisan hadapan.”

Menyusuli kejadian itu, SCDF telah membentuk Kumpulan Semakan Dalaman untuk menjalankan Semakan Selepas Tindakan (AAR) yang terperinci.


AAR merangkumi aspek seperti prosedur memadam kebakaran dan keselamatan operasi SCDF, serta kelengkapan peralatan dan latihan.


Semakan itu secara keseluruhan mendapati doktrin SCDF dalam memadam kebakaran telah diajar secara sistematik kepada pegawai dan prinsipnya diamalkan dengan baik di tempat kejadian, kata SCDF.


Sebagai sebahagian AAR, SCDF juga telah mengaudit lebih 260 operasi memadam kebakaran daripada Januari 2021 hingga Disember 2022 di mana sekurang-kurangnya satu jet air pemadam kebakaran telah digunakan.


Ini untuk menilai sama ada operasi dijalankan secara profesional, dengan arahan yang sesuai dan kawalan, dan dengan keselamatan yang mencukupi untuk pegawai.


“Audit itu telah mendapati bahawa operasi telah dijalankan dengan cekap dan selamat walaupun di tempat kejadian, akan ada kesilapan individu,” kata Encik Yap.


“Keselamatan pegawai kami akan sentiasa menjadi keutamaan tertinggi SCDF meskipun kami menjalankan misi kami untuk menyelamatkan nyawa dan hartanah,” kata Encik Yap.


Bagi kesalahan menyebabkan cedera parah akibat perbuatan terburu-buru yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain di bawah Seksyen 338(a) Kanun Keseksaan 1871, pesalah akan dikenakan hukuman penjara sehingga empat tahun, denda sehingga $10,000, atau kededuanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >