Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semua gerai di bazar Kampong Glam telah disewakan

Mar 24, 2023 | 05:30 AM



KESEMUA gerai di bazar raya 'Raikan Cahaya Ramadan' di Kampong Glam tahun ini telah disewakan peniaga, mencapai kapasiti maksimum sekitar 100 gerai, kata penganjur Persatuan One Kampong Gelam (OKG).



Setakat ini, bazar OKG menerima sambutan yang hebat daripada kalangan pengunjung, kata Naib Pengerusi OKG, Cik Sherry See.



"Walaupun pada hari bekerja yang biasanya lebih senyap, kami menerima jumlah pengunjung yang cukup baik merentasi kaum berbeza. Ini sememangnya yang kami harapkan," tambah beliau.



Apabila ditemu bual Berita Harian, beberapa peniaga gerai menyifatkan suasana bazar tahun ini sebagai meriah dan berpesta, manakala sambutan daripada pengunjung adalah positif.



Pemilik gerai 'Bo-Geh', Encik Zulkiffle, berusia 54 tahun, berkata: "Berbanding suasana bazar sebelum ini, suasana tahun ini adalah lagi meriah kerana terdapat lebih banyak gerai dan pelbagai jenis makanan. Lampu-lampu yang dihiaskan juga menolong menyerlahkan suasana Raya."



"Saya juga memperhatikan beberapa pelancong juga menikmati makanan tempatan. Saya berasa gembira kerana bukan sahaja kaum Melayu/Islam, tetapi kaum lain juga dapat meraikan bazar Ramadan ini," tambahnya



Pemilik gerai 'The Original Wings Golek', Cik Nur Sarah Azman, berusia 29 tahun, berkata: "Alhamdullilah, sambutan untuk bazar tahun ini adalah baik. Saya juga dapat melihat pelancong daripada Eropah, Jepun dan Korea. Tetapi dari segi pembelanjaan, warga Singapura yang banyak membeli makanan."



Malah, pengurus bazar, Enniche Global Trading, berkata bahawa beberapa pemilik gerai telah meminta ruang tambahan untuk mengembangkan perniagaan.



Namun, Cik Sherry berkata OKG akan terus bekerja sama dengan agensi pemerintah untuk menghasilkan sebuah pelan kerana pembukaan bazar itu melibatkan penutupan beberapa jalan raya dan tempat letak kereta.



Cik Sherry turut berkongsi bahawa OKG akan menganjurkan ceramah dan persembahan di ruang bazar yang berhawa dingin untuk menarik lebih ramai pengunjung.



"Di samping itu, oleh kerana kami memberi tumpuan kepada amal tahun ini, kami juga akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa Kampong Glam pada 1 April untuk sekitar 1,200 benefisiari di sepanjang Arab Street.



"Dengan pelbagai jenis konsep yang terlibat - daripada gerai tradisional hingga ke trak makanan, stesen gril dan gerai runcit berhawa dingin, ini memberikan suasana segar dan saya harap akan menarik ramai pengunjung dari semua lapisan masyarakat," tambahnya.




"Berbanding suasana bazar sebelum ini, suasana tahun ini adalah lagi meriah kerana terdapat lebih banyak gerai dan pelbagai jenis makanan. Lampu-lampu yang dihiaskan juga menolong menyerlahkan suasana Raya.



Saya juga memperhatikan beberapa pelancong juga menikmati makanan tempatan. Saya berasa gembira kerana bukan sahaja kaum Melayu/Islam, tetapi kaum lain juga dapat meraikan bazar Ramadan ini."



- Pemilik gerai 'Bo-Geh', Encik Zulkiffle.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >