Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sentosa tingkat usaha beri peluang pekerjaan kepada orang kurang upaya, keluarga susah

Sep 30, 2023 | 06:40 PM



Keluarga yang tinggal di flat sewa awam dan juga orang kurang upaya boleh mendapat peluang pekerjaan yang lebih inklusif di bawah usaha baru oleh Sentosa Development Corporation (SDC) yang akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat di Sentosa untuk mewujudkan tempat kerja dan tawaran yang lebih inklusif, untuk pekerja serta pengunjung.

Ini berikutan memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani oleh SDC, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan SG Enable pada Sabtu untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan sosial yang adil untuk orang kurang upaya dan keluarga yang mempunyai kanak-kanak yang tinggal di flat sewa awam, yang disokong di bawah inisiatif ComLink.

Bercakap semasa majlis itu, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata pemeteraian MOU menandakan komitmen tiga organisasi itu untuk memanfaatkan kekuatan dan sumber masing-masing, untuk mewujudkan peluang bagi orang kurang upaya dan keluarga berpendapatan rendah.

“Perkongsian antara SDC, MSF dan SG Enable menunjukkan bagaimana korporat, pemerintah dan masyarakat boleh bersatu untuk memperkasakan individu dan keluarga.

“Dengan syarikat-syarikat ini merangkumi industri daripada hospitaliti dan hiburan kepada makanan dan minuman, dan peruncitan serta membentuk 80 peratus tenaga kerja Sentosa, terdapat potensi besar untuk pengambilan individu yang mempunyai pelbagai kemahiran, termasuk orang kurang upaya,” kata Encik Masagos.

Di bawah MOU tiga tahun itu, SDC dan rakan kongsinya akan memanfaatkan program SG Enable untuk melatih pekerja mereka membina tempat kerja yang inklusif, serta menyediakan peluang bimbingan dan latihan amali untuk orang kurang upaya dan keluarga ComLink.

Mereka juga akan menyokong peluang perniagaan yang inklusif dengan membangunkan pasaran produk dan perkhidmatan berkualiti yang direka atau dihasilkan oleh orang kurang upaya dengan sokongan SG Enable untuk keperluan pemberian dan kreativiti mereka.

“SDC dan perniagaan kami mengiktiraf kepentingan mempromosikan keterangkuman. Sebagai majikan, perniagaan dan destinasi pelancongan, SDC dan rakan kongsi pulau kami komited untuk mengambil langkah menyokong kumpulan yang kurang bernasib baik, dan menjadi pelopor dalam industri pelancongan dalam memacu keterangkuman.

“Kami berterima kasih kepada 18 rakan kongsi pulau kami di Sentosa yang telah hadir untuk memberi sokongan kepada inisiatif Sentosa Cares. Bersama-sama, kami bersedia untuk melakukan bahagian kami dan bekerjasama dengan MSF dan SG Enable dalam mencapai matlamat bersama kami,” kata ketua pegawai eksekutif (CEO) SDC, Cik Thien Kwee Eng.

Beberapa syarikat sudah pun menunjukkan keprihatinan terhadap golongan kurang upaya. Sebagai contoh, lebih daripada 20 peratus pekerja Siloso Beach Resort adalah orang kurang upaya, daripada jumlah tenaga kerja kira-kira 70 kakitangan.

Shangri-La Rasa Sentosa mempunyai lapan orang kurang upaya yang bekerja di bahagian makanan dan minuman, linen, stewarding dan kulinari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >