Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Seorang lagi didakwa dalam kes pergaduhan bawa maut di Orchard Road

Aug 25, 2023 | 05:49 PM



Seorang lagi suspek dalam pergaduhan hotel Orchard Road yang membawa maut dihadapkan ke mahkamah pada Khamis dan didakwa dengan satu pertuduhan merusuh dengan senjata yang boleh membawa maut.

Sashikumar Pakirsamy, 32 tahun, dikatakan anggota kumpulan yang terbabit dalam pergaduhan di Concorde Hotel Singapore dan Pusat Beli-belah Concorde sekitar 6 pagi pada 20 Ogos yang mencederakan Encik Mohammad Isrrat Mohd Ismail.

Beliau dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedar diri dan meninggal dunia kemudian.

Tiga lagi lelaki – Sijesh Asogan, 25 tahun; Mervyn Veryl Daud , 28 tahun; dan Balakrishna Subramaniam, 32 tahun – dipercayai sebahagian daripada anggota kumpulan tersebut, masing-masing didakwa dengan satu tuduhan merusuh dengan senjata yang boleh membawa maut.

Enam lagi – Kavind Raj Kannan, 24 tahun; Sharvin Jay Nair, 24 tahun; Visnu Suriamurthi, 27 tahun; Sridharan Elangovan, 28 tahun; Manojkumar Velayanatham, 31 tahun; dan Arun Kaliaperumal, 32 tahun – telah dikenakan tuduhan serupa.

Seorang lelaki juga dipercayai sebahagian daripada anggota kumpulan itu, Asvain Pachan Pillai Sukumaran, 29 tahun, dituduh membunuh Encik Isrrat dan menghadapi tuduhan membunuh.

Se0orang lagi suspek, Muhammad Sharulnizam Osman, 30 tahun, dikenakan satu tuduhan menyebabkan kecederaan secara sengaja dengan senjata berbahaya pada Selasa.

Dalam kenyataan awal, polis menyatakan pergaduhan itu berlaku ekoran perselisihan faham.

Kes-kes melibatkan kesemua 12 lelaki itu ditangguhkan ke minggu depan.

Jika disabit kesalahan membunuh, Asvain menghadapi hukuman mati.

Shahrulnizam boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun,didenda atau dirotan, atau gabungan kededua jika disabit kesalahan menyebabkan kecederaan secara sengaja dengan senjata berbahaya.

Mereka yang sabit kesalahan merusuh dengan bersenjata yang boleh membawa maut boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun dan dirotan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >