Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sesak di Koswe musim cuti bukan disebabkan S’pura: ICA

Sep 29, 2023 | 08:32 PM



Komen daripada sebilangan rakyat Malaysia bahawa kesesakan teruk di pusat pemeriksaan darat semasa hujung minggu yang panjang atau tempoh cuti secara amnya disebabkan oleh Singapura adalah tidak tepat, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Memberi contoh, ICA berkata semasa hujung minggu yang panjang dari 31 Ogos hingga 4 September 2023, terdapat barisan panjang kenderaan dari kedua-dua pusat pemeriksaan darat Malaysia sehingga ke pusat pemeriksaan darat Singapura.

Pada 1 September di Koswe, barisan panjang kereta dari Malaysia bermula pada 9 pagi dan hanya mula reda pada 11.30 malam, sementara di Linkedua pula, barisan panjang kereta bermula pada 1 tengah hari dan hanya reda pada 7 malam.

“Kereta-kereta tidak dapat melepasi pusat pemeriksaan Malaysia dengan cukup pantas, sekali gus menghalang kereta yang berjaya melepasi pusat pemeriksaan Singapura daripada bergerak ke arah Malaysia. Ini menjejas masa menunggu dan pelepasan di pihak Singapura,” jelas ICA.

Ia menambah situasi sedemikian bukan unik dan pernah berlaku pada musim cuti dan hujung minggu panjang lain, yang menyaksikan barisan panjang kereta yang mahu memasuki Malaysia berlarutan dari pusat pemeriksaan negara itu hingga ke pusat pemeriksaan Singapura.

ICA akur terdapat komen-komen di media sosial yang menyatakan pelepasan di Malaysia lebih cepat berbanding di pusat pemeriksaan Singapura.

Netizen berkata ini disebabkan tahap pemeriksaan yang berbeza di kedua-dua pusat pemeriksaan, dengan pihak berkuasa Malaysia melakukan kurang pemeriksaan berbanding ICA.

“ICA perlu mencapai keseimbangan antara memastikan sempadan kita selamat dengan memudahkan pergerakan pelawat serta kargo.

“Keselamatan sempadan adalah penting bagi Singapura, khususnya menghalang kemasukan orang dan barang yang diseludup, tidak sah atau tidak diingini,” kata kenyataan itu.

Oleh itu, ICA melakukan pemeriksaan menggunakan teknologi berdasarkan penilaian risikonya.

Misalnya, ICA menggunakan teknologi imbasan biometrik pelbagai mod di dewan bas dan lorong motosikal di pusat pemeriksaan untuk mengesan warga asing dengan pelbagai identiti atau identiti yang ditiru.

Di kaunter kereta, pegawai ICA menjalankan pemeriksaan bersemuka untuk memastikan bahawa pelawat adalah pemegang sah dokumen perjalanan yang diberikan.

Selain itu, pegawai ICA perlu berwaspada terhadap cubaan membawa masuk barang seludup dan dilarang.

Pegawai akan menjalankan pemeriksaan tambahan, seperti pemeriksaan kereta atau menyoal siasat pelawat yang menunjukkan tingkah laku mencurigakan.

Dalam kenyataan yang sama, ICA berkata pada tempoh di mana kesesakan lebih teruk dapat dijangkakan, terutama semasa hujung minggu yang panjang dan musim cuti, ia melaksanakan langkah tambahan untuk mengurangkan kesesakan dan menguruskan aliran trafik.

Dalam pada itu, ICA menambah bahawa ia tidak akan menggadaikan keselamatan hanya kerana menginginkan kepantasan”.

“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan rakan sejawat kami di Malaysia untuk memperbaiki keadaan trafik,” tambah ICA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >