Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siasatan CPIB: Ong Beng Seng pulang dari Bali setelah diizin keluar negara di bawah ikat jamin

Jul 17, 2023 | 08:03 PM



Hartawan Encik Ong Beng Seng kembali ke Singapura dari Bali menaiki jet privet pada petang Isnin selepas dibenarkan untuk keluar negara di bawah ikat jamin berhubung kes rasuah.

Pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Seletar pada sekitar 5.15 petang.

Encik Ong, yang memakai baju polo, seluar jeans dan sandal, telah dibawa masuk ke dalam kereta sedan hitam Audi, yang kemudian beredar pada sekitar 5.30 petang.

Beliau ditemani isterinya, Cik Christina Ong, ketika menaiki kereta tersebut.

Kakitangan keselamatan lapangan terbang tidak membenarkan wartawan mendekati Pusat Penerbangan Perniagaan Seletar, tempat Encik Ong kelihatan muncul, lapor The Straits Times.


Kakitangan berkata terdapat acara privet yang sedang berlangsung.

Encik Ong berlepas ke Bali pada 14 Julai.

Pada 14 Julai, media melaporkan Encik Ong dan Menteri Pengangkutan S Iswaran telah ditangkap oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) pada 11 Julai berhubung kes antirasuah yang dibongkar biro itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >