Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sinar Harapan ingin dekati lebih ramai pesakit Melayu

Jun 26, 2023 | 05:30 AM



Sebuah kumpulan sokongan yang memberi peluang kepada pesakit barah Melayu serta penjaga mereka mendengar perkongsian dalam bahasa ibunda, ingin mendekati lebih ramai pesakit.

Ini bagi membolehkan mereka berkongsi tentang perjalanan barah masing-masing, selain menyebarkan mesej bahawa mereka bukan keseorangan dalam menentang barah.

Sinar Harapan (SH) yang ditubuhkan pada 2011 itu kini mempunyai lebih 30 anggota aktif yang terdiri daripada pesakit serta penjaga mereka yang berusia dalam lingkungan antara 20-an dengan 70-an tahun.

Pekerja Sosial Perubatan Utama, Divisyen Onkologi Psikososial, Pusat Barah Nasional Singapura (NCCS), Cik Candace Ong, berkata:

“Hubungan antara anggota kian kukuh. Mereka secara proaktif mendekati pesakit Melayu lain dan menggalak mereka menyertai kumpulan sokongan ini.

“Kededua pesakit dan penjaga menjalin persahabatan dan menawarkan sokongan emosi kepada satu sama lain dalam masyarakat.”

Setiap abjad dalam perkataan Sinar memaparkan tunggak kumpulan itu.

Ini termasuk memberikan sokongan kepada pesakit Melayu, mencetuskan inspirasi kepada mereka dan juga penjaga serta memberi motivasi dan harapan di samping mengatur pelbagai kegiatan bagi membolehkan mereka bersuka ria bersama.

Kumpulan itu dipimpin pekerja sosial perubatan, pakar psikologi klinikal dan pemimpin pesakit.

“SH merupakan sebuah ruang selamat di mana anggotanya boleh menimba pengetahuan, tempat mengadu dan mendapatkan sokongan bagi menangani keadaan mereka.

“Mereka disokong oleh anggota serta satu kumpulan berbilang disiplin di NCCS,” ujarnya.

SH mendekati anggotanya menerusi taklimat pendidikan serta bengkel bulanan yang dianjurkan di NCCS oleh karyawan penjagaan kesihatan, serta perkongsian penuh berinspirasi oleh penakat barah dan kaunseling.

Kumpulan itu juga menganjurkan pelbagai kegiatan seperti muzik dan seni bagi membantu anggota baru meluahkan perasaan mereka dan menjalin hubungan antara satu dengan lain.

Kumpulan itu turut menganjurkan kegiatan berjalan di luar serta kunjungan ke tempat menarik seperti River Safari dan Gardens By The Bay.

“Ramai dalam kalangan mereka juga amat rapat dan bertemu sesama sendiri bagi kegiatan seperti ke masjid,” tambah Cik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >