Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SingHealth kumpul $1.3 juta untuk Cabaran Presiden 2023

Oct 21, 2023 | 10:29 PM



SingHealth telah mengumpul $1.3 juta untuk Cabaran Presiden 2023. 

Mereka telah mengakhiri usaha mengumpul dana itu dalam satu majlis pada 21 Oktober 2023. 

Jumlah keseluruhan yang dikumpul telah diumumkan di acara itu, yang diadakan di Pusat Mata Nasional Singapura (SNEC).

Presiden Tharman Shanmugaratnam turut hadir di acara itu sebagai tetamu terhormat. 

Kempen SingHealth yang dinamakan ‘Caring Hands, Compassionate Hearts’ telah diketuai oleh SNEC.

Ini menandakan tahun ke-19 bagi kelompok penjagaan kesihatan awam terbesar di Singapura itu menyokong usaha Cabaran Presiden. 

Lebih 32,000 kakitangan SingHealth, termasuk doktor, jururawat, profesional kesihatan bersekutu dan pentadbir penjagaan kesihatan, mengambil bahagian dalam pelbagai kempen mengumpul dana dan program-program mendekati masyarakat. 

Cabaran Presiden adalah satu gerakan nasional yang dipimpin oleh Presiden untuk menggembleng tenaga rakyat Singapura untuk membina sebuah masyarakat yang prihatin dan bersepadu dengan mengumpul dana.

Ia juga bertujuan merangsang sokongan untuk masyarakat yang kurang bernasib baik melalui kerja-kerja sukarela dan pekerjaan yang inklusif. 

Gerakan yang dimulakan pada 2000 itu menyokong pelbagai inisiatif khidmat sosial melibatkan kanak-kanak, belia dan keluarga, penjagaan kesihatan, kesihatan mental, ketidakupayaan, sukan, seni, pendidikan dan pemulihan. 

Profesor Ivy Ng, Ketua Eksekutif kumpulan SingHealth, berkata pada Sabtu bahawa beliau gembira melihat semua kakitangan “berkumpul bersama sebagai satu keluarga untuk menggembleng tenaga dan masa mereka bersama-sama untuk tujuan yang lebih besar, demi menjaga mereka yang memerlukan dalam masyarakat kita”. 

Profesor Jodhbir Mehta, Timbalan Ketua Eksekutif (penyelidikan) SNEC, turut mengucapkan terima kasih kepada rakan korporat daripada pelbagai sektor atas sumbangan mereka. 

Beliau menyatakan bahawa tiada seorang pun rakan kongsi yang mendapatkan pengiktirafan atau faedah promosi sebagai balasan. 

“Semua telah memberikan kami masa mereka dan mereka telah memberi dengan rela hati. Kami amat berbesar hati dan terharu dengan segala sokongan dan kemurahan hati,” kata beliau.   

Hasil kutipan akan disalurkan kepada lima agensi iaitu Guardians Alliance Limited, Kelab HEAL, HCA Hospice, dana SingHealth (Institut Sains Neuro Nasional) dan Persatuan Cacat Penglihatan Singapura (SAVH). 

Encik Leong Shin Loong, setiausaha kehormat SAVH, berkata sebahagian daripada dana itu akan digunakan untuk membeli peralatan dan perisian komunikasi baru, bagi meningkatkan pembangunan kemahiran untuk kurang penglihatan. 

SAVH kini membantu kira-kira 4,000 pelanggan, dengan 60 peratus daripada benefisiari berusia lebih 60 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >